Untitled design
Untitled design

17 adab yang perlu guru-guru amalkan

Roshlawaty Md Raieh
11 Jul 2021 11:14pm
A
A
A

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Hasrul Shuhari menyenaraikan adab-adab yang perlu diamalkan oleh warga pendidik.

Menerusi pembacaannya terhadap kitab Bidayah al-Hidayah, Dr Mohd Hasrul berkata, kitab tulisan Imam al-Ghazali itu berkongsi 17 adab yang perlu dilakukan oleh seseorang yang bergelar guru, pensyarah, tenaga pengajar dan seumpamanya.

Ini senarainya.

1) Bersabar menghadapi apa-apa kesukaran.

2) Perlu melambat-lambatkan kemarahan dalam urusannya.

3) Duduk dengan penuh haibah sebagai seorang guru dalam keadaan tetap dengan menundukkan kepala.

4) Meninggalkan takabbur terhadap hamba-hamba Allah melainkan apabila berhadapan dengan orang zalim bertujuan untuk mencegah kezalimannya.

5) Merendah diri ketika dalam perhimpunan dan majlis keramaian.

6) Meninggalkan gurauan dan bermain-main.

7) Berlemah lembut dengan para pelajar.

8) Tidak keras dengan pelajar yang kurang pandai.

9) Memberi bimbangan yang sewajarnya kepada pelajar yang bebal dan tidak memarahinya.

10) Meninggalkan sifat sombong dengan tidak malu untuk berkata ‘saya tidak tahu’ bagi persoalan yang diajukan oleh pelajar jika jawapannya tidak diketahui.

11) Memberi perhatian terhadap setiap soalan pelajar dan memahaminya dengan baik.

12) Menerima hujah yang diberikan kepadanya.

13) Tunduk kepada kebenaran jika benar ia tersalah.

14) Melarang para pelajar dari menerima apa-apa ilmu yang memudaratkan mereka.

15) Melarang para pelajar dari niat selain mendapat keredaan Allah dalam menuntut ilmu yang bermanfaat.

16) Melarang para pelajar agar tidak memfokuskan ilmu fardu kifayah berbanding ilmu fardu ain yang belum selesai. Ilmu fardu ain bertujuan untuk membersihkan dirinya secara zahir dan batin dengan ketakwaan.

17) Para guru perlu beramal terlebih dahulu dengan ciri-ciri ketakwaan agar dapat dicontohi perbuatannya oleh para pelajar kemudian barulah diambil manfaat pula menerusi pertuturannya.

Dengan perkongsian ini, diharapkan agar semua yang bergelar pendidik dapat mengamalkannya dalam kehidupan dan melihatnya daripada pandangan yang positif.

Artikel berkaitan 

Guru ini naik angin bila murid hulur baldi merah padanya. Rupa-rupanya baldi itu…

Cikgu Hailmi senaraikan 11 jenis makanan yang mengurangkan kepandaian otak, ini yang dikongsi beliau

Pernah hampir dibuang universiti akibat gagal subjek Kimia, Cikgu Hailmi kini guru cemerlang Sains


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan