WhatsApp Image 2022-11-22 at 7.09.10 PM
WhatsApp Image 2022-11-22 at 7.09.10 PM

17 ciri-ciri guru hebat yang perlu dihayati warga pendidik

Adlan Farhan Azwan
22 Nov 2022 07:07pm
A
A
A

Kecemerlangan sebenar seorang guru bukanlah terletak pada keupayaan dan kemampuan mengajar murid semata-mata.

Ini kerana fungsi sebenar guru lebih daripada sekadar melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dari segi akademiknya.

Malah ia juga merangkumi segenap aspek kehidupan insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan akhlak.

Namun, di sebalik setiap usaha guru untuk melahirkan bakal pemimpin negara pada masa akan datang, persoalan yang sering timbul dalam kalangan warga pendidikan ialah mengapa prestasi sesebuah sekolah itu lebih baik berbanding yang lain.

Adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan oleh nasib semata-mata atau kurangnya usaha untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kerana tiada misi, visi serta contoh ikutan, sama ada dari segi individu mahupun pihak pengurusan sekolah.

Oleh itu, berikut adalah 17 ciri-ciri guru hebat yang boleh dihayati oleh warga pendidik yang dikongsikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, Dr Abdul Ghani Jalil.

1. Bersikap profesional.

2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

3. Kaya ilmu.

4. Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.

5. Keteguhan moral.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul setiap masa.

11. Memastikan situasi guru mengajar murid wujud di dalam kelas.

12. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatan dan mempertahankan martabat profesion.

16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah.

Adakah semua guru dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah diamalkan dalam diri mahupun dalam organisasi?

Hakikatnya, sebahagian besar daripada guru-guru masih kekurangan dalam menghayati kesemua ciri-ciri ini.

Jadi, bagaimana sistem pendidikan hendak mewujudkan proses PdP yang berkesan dan seterusnya sekolah berwatak yang menjurus kepada pendidikan yang cemerlang.

Dalam usaha menjadi seorang pendidik yang mampu memberi kesan positif kepada murid-murid, guru-guru perlulah meruntuhkan tembok penghalang utama iaitu lakukan perubahan.

Membina sebuah persekitaran pendidikan yang hebat dan berupaya memberi impak bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Perkara utama yang perlu guru-guru fahami ialah kesediaan guru-guru untuk mengubah cara berfikir dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

Seorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu yang diiringi dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam terhadap penyempurnaan tugasnya di sekolah setiap masa dan waktu.

Info penulis

Dr Abdul Ghani bin Jalil

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Guru Hebat Bahasa Melayu Negeri Kedah

SMK Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah

Artikel berkaitan

Ciri-ciri pentadbir yang diinginkan guru-guru di Malaysia...Ini senarainya

Guru Cemerlang kongsi teknik sebenar mahir menulis Bahasa Inggeris

5 nasihat penuh kasih sayang Guru Cemerlang kepada pendidik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan