Jadi cikgu jiwa kena besar: 5 kata-kata motivasi dari Ustazah Aminah
Jadi cikgu jiwa kena besar: 5 kata-kata motivasi dari Ustazah Aminah

5 nasihat penuh kasih sayang Guru Cemerlang kepada pendidik

Roshlawaty Md Raieh
24 Jul 2022 09:09am
A
A
A

Dunia pendidikan pada zaman dahulu dengan zaman sekarang cukup berbeza.

Satu ketika dulu, kerjaya guru sangat dihormati oleh semua orang. Tidak kira setinggi mana darjat seseorang, bila mereka bertemu dengan cikgu, nilai hormat itu tetap menjadi keutamaan.

“Sebab itu, bila jadi cikgu, jiwa kita kena besar,” kata Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff.

Melihatkan senario itu, Ustazah Aminah menyelitkan sedikit nasihat kepada mereka yang bergelar pendidik.

Mari ikuti nasihat beliau…

1) Kita sekarang hidup zaman fitnah, buat baik kena fitnah, hulur bantuan kena fitnah, hasilkan bahan yang baik untuk anak didik kena fitnah, kita duk diam tak buat apa-apapun kena fitnah.

Jadi, bila hidup zaman ini kita kena bersedia mendengar, kena juga bersedia hadap, kena bijak mengawal emosi, berusaha tingkatkan lokus kawalan dalaman dan kena pandai pujuk hati sendiri. Pesan pada diri kita, jangan cepat terasa.

2) Cikgu dulu disanjung tinggi. Ibu bapa hormat, kalau boleh nak suruh anak cium kaki. Anak yang balik cerita negatif tentang cikgu siap kena balun dengan mak ayah.

Sekarang lain, zaman dah berubah. Kita tidak boleh lagi mengharapkan pujian, sanjungan, penghargaan dan penghormatan. Selalu sahaja wujud prasangka, rasa sangsi, cemburu, iri hati dan sakit hati. Itulah situasi yang harus kita tempuhi.

3) Besarkan hati kita, pandang jauh ke hadapan. Kita sedang mencetak generasi. Peranan kita sangat penting dalam membina tamadun manusia. Kepakaran kita bukan takat ajar baca kira tapi lebih jauh daripada itu. Jika usaha kita terhenti dengan kemarahan ibu bapa, tersungkur dengan tekanan dari pelbagai pihak. Kita sebenarnya belum bersedia menjadi cikgu yang berhati besar.

4) Jangan fikir anak siapa yang kita ajar, bayangkan mereka amanah Allah. Ajar sehabis baik, kelak mereka pula akan meneruskan legasi. Kita meninggalkan warisan yang baik, bermakna kita akan nikmatinya untuk hayat yang akan datang.

5) Guru yang berhati besar, orang marah kita maafkan, orang mengata kita diam, orang fitnah kita bersabar, orang perlekehkan kita kembali kepada ALLAH. Itulah kunci hidup tenang, tiada lagi rasa kusut.

Besarkan jiwamu guru,

Tolak yang tak perlu,

Tujuan kita masih berbatu-batu,

Itu orang tak tahu

Yang pasti ALLAH sentiasa tahu…

Artikel berkaitan

Ingatan buat para pendidik, bekas guru kongsi 10 nasihat berguna

Berminat jadi guru? Mohon hadam dulu nasihat yang dikongsikan guru ini

Pelajar wajib pelajari pendidikan literasi kewangan, ini nasihat penting pelatih kewangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan