25757E41-84AC-44C8-855E-5E215365A4F2
25757E41-84AC-44C8-855E-5E215365A4F2

Agih 1,000 kelengkapan sekolah, keluarga B40 Kuala Lumpur dapat bantuan

Rasyidah Zulkifi
24 Mar 2022 01:51pm
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 1,000 pelajar daripada golongan B40 telah mendapat bantuan berupa kelengkapan beg sekolah baru-baru ini.

Bantuan tersebut diberikan oleh persatuan pelajar The Risers Taylor's College dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melalui program 'Bag to School'.

Baca juga

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka!

Agihan komputer ke sekolah rendah di Sarawak selesai Disember

Menurut Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Mohd Najib Ab Rahman, JPWPKL bekerjasama dengan PPD Bangsar, Pudu, Sentul dan Keramat untuk mengenal pasti pelajar yang layak menerima agihan tersebut.

JPWPKL kerjasama dengan Taylor's College lancarkan 'Bag to School'

“Setakat ini, 'Bag to School’ merupakan sumbangan terbesar yang pernah kami terima, membolehkan 1,000 pelajar B40 sekolah menengah mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

“Memandangkan penggal persekolahan baharu telah bermula, kami berharap lebih banyak organisasi akan tampil ke hadapan untuk membantu dalam mendekati lebih ramai pelajar dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan berkata beliau bertanggungjawab melahirkan pelajar kolej yang holistik dalam pelbagai sudut.

“Kami memahami bahawa peranan kami dalam agenda pembinaan modal insan negara menjangkau lebih daripada sekadar menyediakan pendidikan dan menyediakan bakat muda dengan asas terbaik untuk menjalani kehidupan yang berkembang maju selepas tamat pengajian.

JPWPKL bekerjasama dengan PPD Bangsar, Pudu, Sentul dan Keramat untuk mengenal pasti pelajar yang layak menerima agihan.

“Kami percaya bahawa tanggungjawab membina dan membangunkan status sosial dan ekonomi pelbagai komuniti terletak pada semua. Kami juga komited untuk memberi kesan kepada perubahan positif dalam komuniti dan berbesar hati atas peluang untuk bekerjasama dengan JPWPKL untuk inisiatif ini," katanya.

Duta The Riser’s, Natasha Iman, berkata pendidikan merupakan asas kepada kanak-kanak dan keluarga untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Akses kepada pendidikan akan membantu meningkatkan produktiviti dan kreativiti orang ramai yang menggalakkan keusahawanan dan kemajuan teknologi.

“Kekurangan akses kepada pendidikan, terutamanya dihalang oleh isu seperti kekurangan sumber untuk keperluan sekolah, kadangkala boleh melemahkan semangat pelajar dan ibu bapa yang terpinggir untuk mementingkan pembelajaran.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Tanpa komuniti yang terpelihara, bagaimana kita mengharapkan untuk menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya dengan kemajuan politik, sosial dan ekonomi yang hebat?,” katanya.

Natasha berharap 1,000 pelajar sekolah menengah berlatarbelakangkan keluarga B40 yang terpilih itu mendapat motivasi memulakan sesi persekolahan di bilik darjah tanpa perlu risau tentang penyediaan keperluan sekolah.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok