Pelajar-Pendakian-Merdeka
Pelajar-Pendakian-Merdeka

25 pelajar berjaya tawan Puncak Sapu Tangan dan Tasik Cermin

Adlan Farhan Azwan
06 Sep 2022 02:09pm
A
A
A

25 pelajar yang menyertai Pendakian Merdeka anjuran i-Guru Selangor telah berjaya menawan Puncak Sapu Tangan dan Tasik Cermin, Shah Alam, Selangor pada 31 Ogos lalu.

Semua peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Datuk, Banting, Selangor dan Sekolah Menengah Integrasi Al Hikmah, Shah Alam, Selangor, berumur antara 14 hingga 19 tahun telah diberi panduan oleh enam juru pandu pendakian daripada Kembara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Konspirasi Pendaki Gila (KPG).

Pendakian tersebut turut disertai lapan orang guru pengiring dari SMK Teluk Datuk dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Hikmah.

Sebahagian pelajar yang selamat tiba di Tasik Cermin.

Menurut Pengarah Program, Muallimah Fitriyani, antara program dilaksanakan ialah laungan keramat merdeka di puncak beserta mengibarkan Jalur Gemilang bagi mengingatkan kembali kemerdekaan yang kita kecapi kali ke-65 .

Katanya, program pendakian itu dibuat sebagai simbolik kesungguhan warga guru mengangkat dunia pendidikan bagi mengukuhkan makna kemerdekaan negara.

“Ia merupakan program yang julung kali ini diadakan bertujuan untuk mengajak warga guru dan pelajar bagi menghargai nikmat kemerdekaan negara di samping kesedaran terhadap kepentingan menjaga kecergasan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, juru pandu pendakian, Zulhadi Ghazali memberitahu, aktiviti ini sememangnya amat baik untuk pelajar yang sukakan cabaran.

“Sebahagian peserta telah mencabar diri mereka untuk tiba di Puncak Sapu tangan dan Tasik Cermin walaupun penat.

“Para pelajar juga boleh meneroka hutan dan mengadaptasi subjek-subjek yang dipelajari di sekolah seperti geografi.

“Namun, berbekalkan semangat juang yang tinggi, mereka berjaya menamatkan pendakian yang mencabar fizikal dan juga minda itu,” jelasnya.

Artikel berkaitan

Program Ramah Mesra I-Guru tingkatkan hubungan warga pendidik

Tempat belajar menunggang kuda, ini antara senarai yang boleh dikunjungi

Mahasiswa kaki pancing, pilih hobi memancing sebagai rekreasi santai


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan