program-ramah-mesra-iguru (2)
program-ramah-mesra-iguru (2)

Program Ramah Mesra I-Guru tingkatkan hubungan warga pendidik

Adlan Farhan Azwan
30 Jun 2022 10:39am
A
A
A

Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan warga pendidik, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) telah menganjurkan Program Ramah Mesra di Shah Alam, Selangor pada 26 Jun lalu.

Program yang melibatkan seramai 58 ahli I-Guru dan sembilan warga pendidik merupakan anjuran pertama kali selepas pandemik Covid-19.

Menurut Yang Dipertua I-Guru Selangor, Mohd Fairul Nafazli Md Nazin, pandemik yang melanda negara telah memaksa pihaknya untuk mengadakan perjumpaan bersama-sama ahli secara dalam talian.

“Kali ini, kami berkesempatan untuk mengadakan perjumpaan secara bersemuka dengan ahli-ahli untuk beramah mesra agar dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam mencari penyelesaian kepada isu-isu pendidikan negara.

“Pelbagai isu telah kami bangkitkan sehingga mendapat perhatian daripada pihak atasan seperti isu elaun warden asrama.

“Alhamdulillah, hasil kerjasama ahli-ahli I-Guru serta pihak yang terlibat telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran (KPM) mengumumkan kenaikan elaun warden baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Sejak penubuhan I-Guru pada tahun 2013, pelbagai isu yang melibatkan pendidikan negara telah disuarakan dengan memberi cadangan serta pandangan bagi mencari jalan penyelesaian.

Artikel berkaitan

Program anjuran universiti tempatan berjaya pupuk minat pelajar terhadap STEM

Guru kontrak, Sarawak gagal lantikan semula, harap SPP buka ambilan khas

"Sebanyak 25 peratus kadar elaun warden naik" - KPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok