6 tip tanam bayam dengan mudah, cikgu wajib cuba untuk hilangkan tekanan!
6 tip tanam bayam dengan mudah, cikgu wajib cuba untuk hilangkan tekanan!

6 tip tanam bayam dengan mudah, cikgu wajib cuba untuk hilangkan tekanan!

Roshlawaty Md Raieh
26 Jan 2023 03:57pm
A
A
A

SEMUA mengetahui tugas dan tanggungjawab guru adalah mengajar serta mendidik.


Selain tugas hakiki ini, mereka juga perlu melakukan tugasan perkeranian seperti mengambil kedatangan pelajar, merekodkan gred pemarkahan pelajar, menghadiri mesyuarat dan banyak lagi urusan yang berkaitan.


Kepelbagaian tugasan tersebut sudah semestinya memberi tekanan dan Sinar Bestari yakin jika ia berterusan pasti akan timbul banyak masalah di kemudian hari.


Untuk menghilangkan tekanan dengan bebanan tugasan, apa kata cikgu-cikgu luangkan sedikit masa dengan bercucuk tanam pada hujung minggu.


Tidak salah untuk mencuba sekurang-kurangnya ia dapat menenangkan fikiran walau sekejap.

Untuk itu, Sinar Bestari kongsikan tip ringkas menanam bayam. Ia mudah, tidak perlu semai dan boleh ditanam di kawasan rumah sahaja.


Cara-cara menanam bayam boleh diikuti menerusi panduan berikut.


Jom belajar!

1) Campur biji benih dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti anak benih tidak tumbuh terlalu rapat.

2) Gemburkan tanah dan boleh mencampurkannya dengan tanah merah, tanah hitam dan sabut kelapa (cocopeat). Kemudian tabur biji benih tadi.

3) Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, cikgu-cikgu disarankan untuk mencabutnya jika terlalu rapat. Kemudian, tanam di tempat lain.

4) Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar. Anak bayam yang sedang membesar perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.

5) Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.

6) Bayam boleh dipetik lebih kurang tiga minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan masing-masing.


Dinasihatkan, bayam yang sudah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan ia akan tumbuh lagi.

Semoga berjaya cikgu!


Artikel berkaitan

17 ciri-ciri guru hebat yang perlu dihayati warga pendidik

Berkat doa mak ayah, kembar seiras UTM ini bakal jurutera di Singapura

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan