pexels-photo-3912956
pexels-photo-3912956

8 aplikasi kecergasan terbaik untuk para atlet

Mohd Khairi Mohamad Yusri
11 Aug 2021 04:48pm
A
A
A

Senaman merupakan aktiviti fizikal yang menyihatkan tubuh badan serta membina otot. Namun dalam kesibukan hari ini, ramai yang tidak mempunyai masa untuk menyemak aktiviti senaman masing-masing.

Jangan bimbang kerana kini, terdapat banyak pilihan peranti dan aplikasi kecergasan bagi memudahkan anda menyemak imbang pemakanan, senaman dan banyak lagi.

Tanpa aplikasi tersebut, pasti semua orang dalam kesukaran untuk membezakan sama ada terdapat kemajuan dalam latihan masing-masing. Jadi, jika anda mahukan latihan kecergasan yang dapat memberikan kemajuan diinginkan, aplikasi-aplikasi kecergasan inilah jawapannya!

Hari ini GPSBestari menyenaraikan beberapa aplikasi kecergasan terbaik yang boleh digunakan.

1) NIKE TRAINING CLUB (NTC)

Aplikasi ini sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak kira jika anda baru sahaja mahu memulakan gaya hidup sihat ataupun anda memang seorang atlet. Aplikasi ini mempunyai cabaran harian yang boleh ditetapkan mengikut kemampuan anda, jadi sepanjang menggunakan aplikasi ini, ia akan membuatkan anda terus bersemangat untuk kekal cergas sepanjang masa. Jenis latihan juga boleh dipilih kerana aplikasi ini menyediakan lebih 185 pilihan, di mana setiap satunya telah disusun khas oleh pakar yang dilantik Nike.

2) MYFITNESSPAL

Bagi mereka yang selalu gagal mengawal pemakanan, aplikasi ini adalah untuk anda! Ini kerana MyFitnessPall ini mempunyai pengkalan data makanan yang sangat besar iaitu melebihi 6 juta. Jadi selepas makan, anda hanya perlu menaip nama makanan di dalam aplikasi ini dan data tersebut akan diubah dalam bentuk angka iaitu kalori. Dengan ini anda tidak perlu risau lagi jika terlebih makan. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan lebih 350 latihan kecergasan yang akan membantu anda mengawal berat badan serta meningkatkan kecergasan.

Baca juga 9 tip mudah cara Cikgu Herryan Syah. Guru hebat pun pernah guna langkah ini, menjadi! 

Baca juga Gilap potensi atlet murid, misi Sekolah Sukan Malaysia 

 

3) ADIDAS RUNTASTIC RUNNING

Aplikasi ini sangat digemari pelari-pelari di seluruh dunia. Ini kerana ia mempunyai keupayaan membuat analisis larian yang sangat menarik serta mudah dibaca. Oleh itu, semua informasi mengenai aktiviti larian anda seperti kelajuan, masa, jarak dan sebagainya dapat diakses dengan mudah. Selain itu, anda juga boleh menyenaraikan sendiri aktiviti yang dilakukan di dalam rumah seperti larian di atas treadmill, aktiviti mengangkat berat, dan banyak lagi. Jika anda inginkan pengalaman premium ketika menggunakan aplikasi ini, seperti mendapatkan suara jurulatih, membaca kadar degupan jantung dan lain-lain, anda boleh menaik taraf ke versi pro.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

4) MAP MY FITNESS BY UNDER ARMOUR

Aplikasi yang dikeluarkan oleh Under Armour ini sangat memfokuskan kepada aspek kecergasan sahaja dan selalu digunakan oleh para atlet. Tidak perlu risau sekiranya anda merupakan orang baharu yang berjinak-jinak dalam dunia sukan kerana ia dibuat khusus dalam aspek kecergasan. Aplikasi ini juga boleh digunakan dengan aplikasi dan peralatan sukan yang lain agar pengalaman latihan menjadi lebih baik.

5) STRAVA

Aplikasi ini sangat popular dalam kalangan pelari dan juga penunggang basikal kerana ia menyediakan analisis yang mendalam terhadap kayuhan dan larian serta penggunanya boleh berkongsi aktiviti bersama pengguna lain. Anda juga dapat melihat jumlah kilometer, kelajuan kayuhan dan lain-lain. Paling penting, aplikasi ini bukan sahaja untuk membuat analisis aktiviti kecergasan, tetapi ia juga boleh membina persaingan dalam kalangan pengguna yang akan membuatkan anda sentiasa bermotivasi untuk menjadi yang terbaik.

6) 5/3/1 STRENGTH

Aplikasi ini sesuai jika mahu meningkatkan kekuatan fizikal. Diilhamkan dari Jim Wendler, ia menyediakan rutin latihan yang sentiasa berubah berdasarkan kemampuan semasa anda. Selepas menggunakannya, ia akan menyediakan gambaran komprehensif tentang kekuatan diri dan mensyorkan latihan baharu mengikut tahap kemampuan anda. Jika anda merasakan tidak mampu mengikuti rutin latihan yang diberi, anda boleh mengubah tahap kesukaran dan kekerapan latihan menjadi lebih rendah atau lebih tinggi. Banyak lagi fungsi dalam aplikasi ini yang boleh diterokai.

7) JEFIT WORKOUT PLANNER GYM LOGJEFIT

Workout Planner Gym Log mempunyai program latihan yang sangat komprehensif untuk pembakaran lemak, latihan kardio dan lain-lain lagi. Video-video yang tersedia di dalam aplikasi ini juga berada di dalam format HD yang dapat membuatkan anda lebih bersemangat untuk mengikuti semua latihan yang disediakan dan seterusnya membina rutin kecergasan pilihan sendiri. Selain latihan yang disediakan oleh JEFIT, anda juga boleh memilih untuk mengikuti latihan-latihan yang disediakan oleh komuniti-komuniti aplikasi tersebut. Bagi pengguna berbayar, mereka dapat mengakses lebih banyak fungsi-fungsi premium.

Baca juga Aktif bersukan pilihan Nur Umairah

8) INSTANT HEART RATE: HR MONITOR

Ketepatan aplikasi HR Monitor ini diakui. Ia telah menjadi aplikasi standard yang sering digunakan di dalam industri kecergasan. Ini kerana aplikasi ini mempunyai arahan yang sangat jelas dan mudah diikuti serta mempunyai interface yang sangat menarik. Ia juga berfungsi untuk mengira kadar zon aktiviti denyutan nadi ketika anda sedang aktif bersukan. Semuanya disediakan secara percuma, tetapi jika ingin mengakses ke program-program premium seperti, tip untuk kesihatan, nasihat daripada pakar serta banyak lagi, anda boleh memilih untuk melanggan aplikasi premium.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan