Ahar punya kekuatan luar biasa walau hilang penglihatan sejak lahir
Ahar punya kekuatan luar biasa walau hilang penglihatan sejak lahir

Ahar punya kekuatan luar biasa walau hilang penglihatan sejak lahir

Roshlawaty Md Raieh
14 Jul 2022 09:27am
A
A
A

Dilahirkan serba kekurangan tidak pernah mematahkan semangat Ahar Tabe untuk berjaya dalam pengajian.

Baginya, kekurangan diri harus dilihat daripada sisi positif barulah individu tersebut mampu mencipta kecemerlangan dalam kehidupan.

Ahar yang merupakan graduan Orang Kurang Upaya (OKU) baru sahaja memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sosiologi Dan Anthropologi Sosial) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23 yang berlangsung 25 hingga 27 Jun lalu.

Dia yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir telah dijadikan ikon oleh pelajar kerana berjaya menamatkan pengajian walaupun seorang yang istimewa.

Ahar berkata, pelbagai cabaran dihadapi sepanjang belajar di universiti berkenaan.

“Tidak dinafikan, setiap perkara yang dilakukan memerlukan mata untuk melihat, justeru, ia memerlukan untuk saya sentiasa berfikiran kreatif.

“Kemajuan teknologi yang ada sekarang ini juga sedikit sebanyak mampu membantu golongan OKU seperti kami mendepani pelbagai cabaran,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Menurut Ahar, kemudahan yang disediakan UMS untuk golongan OKU banyak membantu golongan yang senasib dengannya.

“UMS menyediakan pengangkutan khas kepada pelajar OKU, kami hanya menghubungi bas tersebut dan dihantar untuk pergi ke kelas.

“Baru-baru ini, UMS juga telah mewujudkan Pusat Pengurusan OKU dan mereka akan bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan OKU.

“Sejujurnya, saya sangat gembira kerana telah berjaya sampai ke tahap ini. Walaupun banyak cabaran sepanjang tempoh belajar ketika pandemik Covid-19, tetapi saya dapat lalui semuanya dengan begitu baik,” jelas Ahar.

Ahar, anak kelima daripada tujuh adik beradik ketika ini, sedang menjalani latihan pekerjaan selama enam bulan bagi jawatan rekomendasi konsultan di salah sebuah syarikat tempatan.

Sinar Bestari mendoakan segala urusan Ahar dipermudahkan dan sentiasa diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan.

Artikel berkaitan 

Jadikan kelas sentiasa ceria, ini 9 ciri yang wajib guru ada. Pasti berkesan!

Pelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib

Bangga dengan tradisi Sarawak, Dr Kaleena hadiri konvokesyen berpakaian tradisional Orang Ulu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan