Tak sangka rangkul Anugerah Pelajaran Diraja, Wee Tyg dedikasi kejayaan kepada keluarga
Tak sangka rangkul Anugerah Pelajaran Diraja, Wee Tyg dedikasi kejayaan kepada keluarga

Tak sangka rangkul Anugerah Pelajaran Diraja, Wee Tyg dedikasi kejayaan kepada keluarga

Roshlawaty Md Raieh
01 Jul 2022 09:41am
A
A
A

Tak sangka, dengan kecekalan dan tidak pernah berputus asa dalam pengajian menjadi antara kejayaan graduan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini.

Ditambah pula dengan memiliki keazaman tinggi untuk terus menjadi yang terbaik juga, membolehkan gadis kelahiran Kudat, Sabah ini mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.91 dalam pengajian.

Oleh kerana itu, maka tidak hairanlah yang Wong Wee Tyg berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) pada Majlis Konvokesyen Universiti UMS kali ke-23, baru-baru ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS, Wee Tyg berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut.

“Terkejut campur tidak percaya. Namun saya menganggap ini adalah rezeki yang telah diberikan oleh Tuhan.

“Saya mahu dedikasikan anugerah ini kepada keluarga khususnya ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi.

“Terima kasih juga kepada kakak dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada untuk menempuhi suka duka dalam pengajian sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti ini,” ujarnya yang kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat firma audit di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada masa yang sama, dia juga dalam proses menyiapkan Sijil Kelayakan Profesional Persatuan Akauntan BertauliahBerkanun (ACCA).

Seramai 4,319 graduan bagi tahun 2021 UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 – 27 Jun lalu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 204 graduan adalah penerima Ijazah Kelas Pertama, selain 99 graduan merupakan pelajar antarabangsa UMS dari pelbagai negara antaranya dari China, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Timor Leste, Pakistan, Korea Selatan, Iran, Zanzibar, Vanuatu, Arab Saudi dan India.

Manakala seramai sembilan pelajar orang kurang upaya (OKU) dan dua penerima posthumous turut menerima ijazah.

Majlis konvokesyen pada kali ini juga menyaksikan seramai 77 graduan doktor falsafah, 357 graduan sarjana, 3,664 graduan prasiswazah, 87 graduan diploma pasca dan 134 graduan diploma menerima skrol dengan nisbah graduan mengikut jantina ialah 1:3 iaitu lelaki seramai 1,272, sementara perempuan seramai 3,047.

Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Juhar Datuk Mahiruddin menyampaikan ijazah kepada 461 graduan pada sesi sidang pertama.

Beliau yang juga Canselor UMS turut menyampaikan anugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera dan Bukan Bumiputera), Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Naib Canselor, Pingat Emas Alumni, Hadiah Zainal Abidin Bador, Hadiah Tun Zaki (Tempatan dan Antarabangsa) dan Anugerah Kecemerlangan dan Bakti Siswa HiUMS kepada graduan cemerlang.

Artikel berkaitan 

Impian Orang Asli, Arisna mahu jadi contoh terhadap komuniti

Pernah hampir dibuang universiti akibat gagal subjek Kimia, Cikgu Hailmi kini guru cemerlang Sains

“Cikgu, anak saya demam tapi tak cukup duit nak hantar ke klinik”, guru kongsi kisah pengorbanan ibu bapa membesarkan anak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok