pexels-andrea-piacquadio-3768166
pexels-andrea-piacquadio-3768166

Awasi penggunaan telefon anak-anak, elak jadi mangsa paedophile

Nor Azma  Muhamat Laila
19 Nov 2021 04:05pm
A
A
A

Penggunaan telefon dalam kalangan pelajar sekolah, baik di peringkat rendah atau menengah tidak dapat dielakkan hari ini.

Meskipun begitu, ada pelajar yang menyalahgunakan gajet berkenaan untuk tujuan berhibur dan lebih menakutkan lagi mereka sebenarnya tanpa sedar membuka ruang kepada paedophile untuk mengambil kesempatan melakukan jenayah terhadap kanak-kanak kerana kurangnya pemantauan daripada ibu bapa.

Perkongsian yang dibuat seorang guru, Cikgu Hazuriada Hanafi dalam laman Facebook beliau mengenai perbualan bersama pelajar-pelajarnya sepatutnya dipandang serius oleh ibu bapa supaya beringat dan berwaspada dengan penggunaan telefon anak masing-masing sebelum berlaku perkara yang lebih teruk.

Beliau turut berkongsi beberapa langkah yang boleh dibuat oleh ibu bapa bagi mengawal penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak supaya mereka tidak terdedah kepada perkara yang tidak elok di masa depan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Ikuti perkongsian penuh Cikgu Hazuriada mengenai perkara berkenaan di bawah ini.

***

IBU BAPA SILA BACA.

Tadi waktu Math cuma 35 minit di kelas Tingkatan 5 Gigih. Sambil pelajar saya selesaikan latihan yang diberi semalam, sambil tu saya panggil pelajar yang kerap tidak hadir untuk bertanyakan masalah. Risau takut berlarutan sedangkan mereka ini sudah hendak menduduki peperiksaan SPM.

Seorang demi seorang dipanggil. Ada bermacam masalah, ada yang logik ada juga yang sendiri mereka cari. Yang sendiri mereka cari ialah susah bangun pagi. Main telefon sampai lewat malam kadang sampai pagi jadinya tidak dapat bangun untuk ke sekolah.

"Mak tak marah ke?"

"Marah la cikgu, siap kena rampas fon lagi!".

Dua tiga orang lain join pulak.

"Ada juga kena sedas, tapi lepas tu main pulak," senyum-senyum jah dia ni jawab.

"Cikgu tahu tidak adik saya yang sebaya anak cikgu tu, penuh gambar lucah dengan video se*s dalam telefon dia, saya marah saya ambil telefon dia delete semua!!"

"Adik saya yang darjah 6 tu pun macam tu cikgu. Ada orang besar (dewasa) dok chat dia minta dia buat macam-macam. Saya sudah warning tapi dia tidak dengar. Saya bagitau mak saya dah." Sampuk kawan dia yang tengah tunggu turn hantar buku.

"Ha adik saya pun sama cikgu!!" sahut beberapa yang lain pula.

What????? Allahu terdiam saya seketika.

Kenapa saya post kat sini? Sebab anak saya sendiri pun kantoi join group game di telegram dan ada orang dewasa chat dia. Paedophile!!!

Nasib baik terbuka hati saya untuk check telefon anak. Niat kita ibu bapa bagi telefon untuk PdPR, tapi sebaliknya yang berlaku.

Saya uar-uarkan perkara ini supaya rakan fb saya aka ibu bapa beringat dan berwaspada sebelum berlaku perkara yang lebih teruk.

Suggestions saya:

1. Pastikan telefon anak tiada password.

2. Install Family Link pada telefon anak. Boleh Google.

3. Add akaun telegram anak pada telegram kita, boleh tengok pada Telegram Features.

4. Haramkan apps lain pada telefon. Tak perlu game, tak perlu join group movie kat telegram. Yang perlu ada cuma group belajar sekolah.

5. Malam telefon anak wajib beri pada parents. Nak strict lagi habis pdpr, telefon hantar kat kita.

Itu yang saya cuba buat dengan anak sendiri. Kalau ada cadangan lebih baik, boleh share kat comment.

Gambar hiasan daripada Pexels.

BILL RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PORNOGRAFI KANAK-KANAK

1. Pornografi kanak-kanak

2. Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak

3. Persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak

4. Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan, pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak

5. Bertukar-tukar, menerbitkan pornografi kanak-kanak

6. Menjual pornografi kanak-kanak kepada kanak-kanak

7. Mengakses pornografi kanak-kanak

8. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Bahagian III

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGANTUNAN KANAK-KANAK

9. Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak

10. Pengantunan kanak-kanak

11. Perjumpaan selepas pengantunan kanak-kanak

Bertindak sebelum terlambat. Please share.

#paedophile

#pengantunankanakkanak

#bawahumur

#kesalahanseksual

Artikel berkaitan 

Guna bola reput, pakai jersi lama berlatih ragbi, tak sangka sekolah ini mampu muncul johan

(VIDEO) Menangis jumpa guru, tanda sayang Adele buat ramai peminat terharu

Pelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan