pexels-photo-9345986
pexels-photo-9345986

Bagaimana puting beliung boleh berlaku? Ini faktor yang perlu guru dan pelajar tahu!

Roshlawaty Md Raieh
14 Feb 2022 03:39pm
A
A
A

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian ribut dan puting beliung yang berlaku di Ipoh, Perak.

Lebih 300 buah rumah rosak akibat kejadian tersebut malah ia turut menyebabkan pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap kenderaan.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, antara lokasi yang terjejas ialah Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya.

Bagaimanapun, bencana itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan keadaan dilaporkan terkawal.

Dalam situasi ini, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana kejadian ribut dan puting beliung ini boleh berlaku.

Apa yang menyebabkan ia berlaku dan dimanakah lokasi yang sering dilanda puting beliung.

Sinar Bestari kongsikan sebahagian latar belakang puting beliung sebagai panduan buat guru dan pelajar.

Semoga ia bermanfaat untuk semua

*****

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus.

Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum “lenyap”.

Walaubagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km) dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Bagaimana puting beliung berlaku

Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan.

Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk.

Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih.

Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Kemusnahan dan lokasi berlakunya puting beliung

Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5.

F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini.

Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia.

Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).

Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler.

Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.

Peristiwa puting beliung di Malaysia

Malaysia juga dilihat tidak ketinggalan untuk menerima kehadiran puting beliung sebagai salah satu fenomena alam yang agak unik di negara ini.

Berikut adalah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia pada mutakhir ini:

1) Kota Damansara (13 Jun 2010) – Suatu ribut puting beliung yang amat dahsyat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10.

Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai.

Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut.

Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 okok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.

2) Air Hitam, Kedah (23 September 2010)

3) Jejawi, Perlis (28 Oktober 2010) – Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung.

4) Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang

5) Mersing (18 June 2011)

6) Rompin (1 July 2012)

7) Sungai Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang (19 October 2012)

8) Melaka (12 November 2012) – an old folk died after heart attack

9) Melaka (14 April 2013)

10) Kuah, Langkawi (18 May 2013)

11) Pendang, Kedah (14 October 2014)

12) Alor Setar, Kedah (30 October 2014)

13) Kampung Sungai Nonang, Kedah (12 November 2014)

14) Tanah Merah, Kelantan (29 September 2015)

15) Tunjang, Kedah (27 March 2017)

16) Jambatan Pulau Pinang (28 March 2017)

17) Jambatan Pulau Pinang ( 29 October 2017)

18) Kudat, Sabah (6 January 2018)

19) Tanjung Tokong, Pulau Pinang (1 April 2019)

20) Kubang Pasu, Kedah (20 October 2019)

Sumber: Blog Marufish Disaster Preparedness

Artikel berkaitan 

Debaran peperiksaan…5 persediaan ini mampu bantu pelajar skor cemerlang dalam semua subjek

7 watak penting di klinik pergigian kerajaan. Guru dan pelajar wajib kenali mereka!

Baru 30-an, sumbangan Cikgu Tarmizi dalam bola sepak SK Bukit Mutiara membanggakan!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan