CIKGU BERSAMA ANAK MURID
CIKGU BERSAMA ANAK MURID

Baru 30-an, sumbangan Cikgu Tarmizi dalam bola sepak SK Bukit Mutiara membanggakan!

Rasyidah Zulkifi
28 Jul 2022 02:24pm
A
A
A

Sesuai dengan fizikalnya yang dilihat seperti seorang atlet, Cikgu Tarmizi Hanafiah yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru, Johor, sememangnya seorang yang aktif dalam sukan bola sepak.

Biarpun usianya baru menginjak 30 tahun, beliau telah membuktikan banyak pencapaian dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sumbangan besar cikgu muda ini dijadikan sandaran dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian untuk penilaian panel juri.

Cikgu Tarmizi kertika berada di lapangan terbang bersama anak muridnya.

Antara kejayaan yang pernah dilakarkan Cikgu Tarmizi ialah menjadi penyelaras program One Minute Virtual Juggling Challenge di peringkat daerah untuk sukan bola sepak yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pelantikan beliau sebagai juri di peringkat kebangsaan.

Bakatnya turut ‘ditagih’ sebagai juri dalam Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2021 yang diadakan secara dalam talian.

Pada tahun yang sama juga, Cikgu Tarmizi telah dianugerahkan dua plak emas di peringkat negeri bagi penyelaras DTC-JDT Kids ‘Football At Home’ 2021 dan Anugerah DTC-JDT Kid Terbaik 2021.

Pada tahun berikutnya, beliau menjadi jurulatih utama dalam program Bola Sepak Negeri Johor dan dan menjadi peserta dalam Bengkel Penyelarasan Teknikal Liga Bakat Bola Sepak Peringkat Sekolah (Junior Football League).

Cikgu Tarmizi turut menjadi guru pembimbing dalam Garuda International Cup 2 Top Youth Soccer Tournament 2022 yang bertempat di Indonesia pada 30 Jun hingga 3 Julai lalu.

Artikel berkaitan

Fathullah, pemain muda bola sepak yang bakal harumkan nama negara

Kecemerlangan aksi Akhyar Rashid, hasil pembangunan bola sepak SMK Mergong

Pencapaian SK Nanga Pakan dalam aliran agama membanggakan!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan