WhatsApp Image 2022-07-06 at 1.59.32 PM (1)
WhatsApp Image 2022-07-06 at 1.59.32 PM (1)

Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pendidikan JAWI, usaha memperkasakan Pendidikan Islam

Adlan Farhan Azwan
06 Jul 2022 03:26pm
A
A
A

Dalam usaha meningkatkan kualiti silibus Pendidikan Islam, Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pendidikan telah dianjurkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia dilaksanakan menerusi kerjasama Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kurikulum dan Kokurikulum serta Unit Pembangunan dan Profesionalisme Keguruan.

Lebih 28 orang guru dari Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) JAWI di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikuti bengkel ini secara bersemuka, manakala beberapa guru dari Wilayah Labuan turut serta menerusi platform dalam talian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, antara objektif bengkel ini adalah bagi meningkatkan kefahaman berkenaan Intervensi Pendidikan dalam Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam di SIRAJ, SRA dan KAFA JAWI sekali gus menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan melalui kajian tindakan.

Peserta turut didedahkan dengan program luar di perkarangan Masjid Negara.

“Selain itu, bengkel ini juga menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) aktif melalui pendekatan kaedah inovasi pendidikan, dan mewujudkan jalinan bersama Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya.

Guru-guru yang terlibat telah diberi bimbingan khusus oleh dua penceramah berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang Kajian Tindakan, Intervensi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran iaitu Dr Hairul Faizei Lokman dan Norani Abd Rahim dari IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK).

Dalam pada itu, Noraini berkata, bengkel yang diadakan itu memberi pendedahan kepada peserta untuk menyampaikan PdP di dalam kelas secara berkesan dengan penggunaan seluruh anggota badan yang berperanan membawa mesej penting.

Tambahnya, beliau terharu apabila diberi peluang untuk bersemuka dengan guru Pendidikan Islam kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai penghayatan yang baik ketika mengajar.

“Terima kasih JAWI atas undangan. Insya-ALLAH kita akan terus membantu JAWI pada masa akan datang,” jelas beliau.

Artikel berkaitan

UPSI tawar kursus pengajian minor Jawi, lahir graduan berkebolehan dalam bidang jawi

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah

Guru dan mak ayah, berikut 10 tip pastikan anak suka mengaji al-Quran, mari amalkan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan