Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin meningkat setiap minggu.
Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin meningkat setiap minggu.

Cegah sebelum parah! Guru, ibu bapa dan murid mohon peka situasi HFMD yang semakin meningkat

Roshlawaty Md Raieh
18 May 2022 01:55pm
A
A
A

Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin meningkat setiap minggu.

Memetik laporan media tempatan, sehingga 7 Mei lalu, jangkitan HFMD di Selangor sahaja berjumlah 6,748 dengan kes mingguan melebihi paras amaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, daripada bilangan berkenaan, empat peratus daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan luar.

Dalam menangani kes HFMD daripada terus merebak, beberapa langkah pencegahan wajar dilakukan oleh masyarakat terutamanya guru, ibu bapa dan murid bagi membendung penyakit tersebut.

Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan perincian maklumat berkaitan HFMD sebagai rujukan dan panduan buat anda semua.

Baca juga 

(VIDEO) Demi murid, guru ini pertaruh nyawa sebelum tiba ke sekolah. Inilah wira negara yang sebenar

3 pensyarah cipta produk ‘celik wang’, sasar kanak-kanak fahami ilmu pengurusan kewangan dengan mudah

Berikut adalah maklumat yang didapati daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Portal myHealth.

HFMD adalah penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Punca HFMD disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71).

Tanda dan Gejala

1) Demam

2) Sakit tekak

3) Sakit kepala

4) Hilang selera makan

5) Ulser pada tekak, mulut dan lidah

6) Ruam dengan vesikel pada tangan, kaki dan kawasan diaper

Selepas demam selama 2 hingga 3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi.

Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5 hingga ke 7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5 hingga10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

1) Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

1) Ya. Ia mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ia bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu dijangkiti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

1) Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Rawatan

1) Tiada rawatan yang khusus

2) Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam

3) Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan setengah sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur

4) Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya

5) Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

6) Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit

7) Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dinyah kuman dengan menggunakan cecair clorox, bancuhan suku cawan clorox dengan satu gelen air

8) Jangan berkongsi barang-barang peribadi

9) Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

10) Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

1) Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

1) Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 darjah selsius) lebih 48 jam

2) Letih/lesu

3) Kulit dan lidah yang kering

4) Resah gelisah (irritable)

5) Sawan

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu:

1) Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor.

2) Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.

3) Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari

4) Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Nasihat kepada ibu bapa/penjaga

1) Dapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika terdapat tanda-tanda HFMD pada anak-anak.

2) Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan mengantuk.

3) Segera membawa anak ke hospital jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan atau mengantuk.

4) Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejela seperti di atas ke sekolah, pra sekolah, nurseri atau tadika.

5) Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan