Cikgu Fadli
Cikgu Fadli

Cikgu Mohd Fadli ajak orang ramai derma buku untuk perpustakaan bergerak Dana Kita

Roshlawaty Md Raieh
10 Nov 2022 06:37pm
A
A
A

Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita), Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh berkongsi perkembangan terkini Dana Kita menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Perkembangan terkini yang ditulis Cikgu Matematik Viral itu adalah berkenaan Dana Kita yang kini sudah memiliki dua buah perpustakaan bergerak dinamakan Book r Us.

Bagaimanapun, perpustakaan bergerak itu berhadapan masalah kekurangan buku kerana koleksi bahan bacaan sedia ada sudah habis diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam hantaran tersebut, Cikgu Mohd Fadli mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin menyumbang koleksi buku mereka kepada Dana Kita.

“Nak tanya, ada tak kawan-kawan yang kerja syarikat penerbitan buku dan nak sumbang buku untuk perpustakaan bergerak kami?

“Atau ada kawan-kawan yang punya banyak koleksi buku dan nak infaqkan?

“Jika ada, sumbang buku pada kami boleh tak? Agar kami dapat letak dalam Book r Us. Insya-ALLAH, buku-buku ini akan menjelajah Semenanjung Malaysia mencari pemilik bertuah dan kami tidak jual buku-buku kalian melainkan hanya diberi percuma,” tulisnya di Facebook.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang buku, boleh berbuat demikian dengan menghantarnya ke

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita,

Wisma Dana Kita

No 1028-G, Jln Samudera Utama

Taman Samudera,

68100 Batu Caves.

Selangor Darul Ehsan.

Orang ramai juga boleh menghubungi sukarelawan Dana Kita, Zhariff di talian 010-8176997 untuk urusan menginfaq buku.

INFO

Dana Kita merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan Cikgu Mohd Fadli pada 2006.

Ia telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada April 2019 dan memfokuskan operasinya dalam bidang kesukarelawan serta khidmat komuniti khususnya dalam bidang pendidikan.

Menerusi Dana Kita, program-program kebajikan mula bergerak secara sistematik, dikawal selia dengan baik, mempunyai gudang sendiri selain mempunyai kemudahan logistik seperti lori dan ambulans.

Malah, jenis bantuan asnaf pula tidak terhad kepada pemberian barang dapur kerana pertubuhan itu turut menyediakan bantuan projek Tabung Wakaf untuk pembinaan masjid dan surau, bantuan pendidikan dan lain-lain.

Bagi memastikan bantuan Dana Kita diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, pertubuhan itu bekerjasama dengan pusat zakat negeri, Baitulmal, masjid dan sekolah.

Bagaimanapun Cikgu Mohd Fadli berkata, mereka di sekitar Lembah Klang yang memerlukan barangan keperluan, boleh datang sendiri ke gudang Dana Kita di Batu 8 1/2 Gombak, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan 

“Cikgu Fadli ni macam arwah abah. Kalau benda tak betul dia akan bertegas”

"Cikgu Farazi, kalau saya sakit atau berlaku apa-apa, cikgu mesti datang melawat tau, janji"

Masih ke sekolah walaupun tapak kasut haus, semangat murid ini buat Cikgu Pe Chey sebak!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan