“Cikgu Fadli ni macam arwah abah. Kalau benda tak betul dia akan bertegas”
“Cikgu Fadli ni macam arwah abah. Kalau benda tak betul dia akan bertegas”

“Cikgu Fadli ni macam arwah abah. Kalau benda tak betul dia akan bertegas”

Roshlawaty Md Raieh
18 Oct 2022 05:23pm
A
A
A

Kisah Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular beberapa hari ini bukan sahaja memberi impak kepada diri cikgu itu sendiri tetapi turut tempias kepada seluruh ahli keluarganya.

Tidak hanya mendapat sokongan padu daripada setiap adik beradik dan juga ibunya, Cikgu yang mengajar mata pelajaran Matematik ini turut meraih perhatian daripada masyarakat setempat.

Kakak Cikgu Mohd Fadli, Cikgu Dr Salbiah Mohammad Salleh berkata, adiknya merupakan seorang yang kuat semangat dan kekal tenang dalam mengharungi segala ujian ketika ini.

“Kami akan tetap berada di samping Cikgu Mohd Fadli dan sentiasa mendoakan apa saja kebaikan untuk beliau,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Cikgu Salbiah turut memberitahu, salah seorang ibu saudara yang dipanggil Mok Su Ti turut mengakui Cikgu Mohd Fadli seorang yang sabar dan tenang menghadapi ujian daripada ALLAH.

“Cikgu Fadli macam arwah abah (Mohamed Salleh Hussain). Kalau benda tak betul dia akan bertegas.

“Memang nampak sangat yang perangainya serupa dengan arwah,” kata emak saudaranya itu.

Kisah Cikgu Mohd Fadli yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Gombak, Selangor, mula tular apabila beliau berkongsi satu surat di laman Facebooknya yang mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan beberapa pandangan termasuklah isu silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Merupakan anak keenam daripada sembilan beradik, keistimewaan kesemua anak pasangan Mohamed Salleh (arwah) dan Khatijah Mohd ini ialah kesemuanya bergelar pendidik.

Mereka ialah Cikgu Norhana; Cikgu Norasma; Cikgu Mohd Ariff; Cikgu Solihah; Cikgu Dr Salbiah; Cikgu Mohd Fadli; Cikgu Nur Afifah; Cikgu Ahmad dan Cikgu Siti Faizah.

Penulis yakin kesemua mereka ini telah mewarisi bakat daripada arwah ayah yang juga merupakan mantan Pengetua Cemerlang Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua SMK Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut.

Artikel berkaitan 

“Syukur Alhamdulillah," - ahli keluarga Cikgu Mohd Fadli

Kisah murid kelas hujung berebut bantu guru terseliuh kaki buat warga maya hampir menangis!

Cikgu Fadli disayangi ramai murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok