jonathan-francisca-YHbcum51JB0-unsplash
jonathan-francisca-YHbcum51JB0-unsplash

Cikgu senyap dan pendiam, anda sebenarnya pilihan utama warga sekolah

Roshlawaty Md Raieh
14 May 2022 05:51pm
A
A
A

"Usah kecewa digelar cikgu senyap dan pendiam, anda sebenarnya macam lombong emas"

Demikian tulis Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi akaun Facebooknya, baru-baru ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini, jom ikuti perkongsian Ustazah Aminah.

*****

1) Cakap sikit, banyak mendengar

Tiba-tiba teringat kawan-kawan di sekolah, rindupun ya. Bila lama tak jumpa, kenangan macam berlegar di kepala.

Ada yang pagi-pagi sudah riuh dengan gelak tawa, ada yang steady je, ada yang murah hati sedekah senyuman, ada yang muka fokus sebab RPH in progress, ada yang belanja kuih untuk sarapan dan macam-macam lagi.

Apa cikgu pendiam buat masa ini?

Diam dan mendengar keletah kawan-kawan. Banyak belajar dari persekitaran dan lebih banyak berfikir. Nampak malu dan tak confident tapi sebenarnya macam lombong emas.

Bila bercakap dengan cikgu pendiam baru kita tahu dia sebenarnya banyak ilmu. Kena melombong baru dapat tahu.

2) Berbudi bahasa

Ramai cikgu pendiam yang saya jumpa sangat sopan dan berbudi bahasa. Buat kawan-kawan rasa selesa dan seronok bekerja. Tak pandai nak protes dan boleh menerima pendapat orang lain dengan positif.

Selalunya boleh mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif. Cara berfikir lain daripada yang kita sangka. Pendiam jangan disangka penakut kerana ia mempunyai definisi yang berbeza.

3) Menyimpan rahsia

Seorang pendengar yang baik dan boleh dipercayai. Ramai yang tidak ragu untuk meluahkan masalah padanya. Rahsia dia, simpan sendiri sebab tiada siapa yang tahu.

4) Cikgu penyayang

Sesuai jadi cikgu kelas sebab banyak menggunakan bahasa berhemah dengan murid. Nampak serius dan tegas tapi penyayang.

Kali pertama jumpa mesti murid nampak sombong dan garang tapi bila dah kenal, ramai murid sayang.

5) Kawan yang baik

Bercakap dengan cikgu pendiam ni rasa dihargai sebab banyak pendapat kita dia iyakan. Boleh dipercayai dan tak mungkin mengkhianati. Boleh menjadi kawan baik yang sejati kerana hakikatnya dia tak ramai kawan.

Ramai orang bijak pandai kurang bercakap tapi lebih banyak bertindak dan banyak berfikir.

Artikel berkaitan

Penting untuk golongan pelajar ketahui sejarah Malaysia 

Profesion perguruan jadi pilihan ramai, tapi anda kena tahu 5 perkara ini sebelum memohon

Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan