Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian
Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian

Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
28 Mar 2022 07:08pm

Sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia sangat panas dan kering hingga menjejaskan kesihatan semua orang.

Guru dan murid tidak terkecuali berhadapan dengan situasi panas yang melampau hingga mengganggu sesi pembelajaran di sekolah masing-masing.

Untuk menangani daripada masalah berlarutan, setiap orang perlu tahu akan langkah-langkah yang boleh membantu menangani cuaca panas tersebut.

Jadi di sini, Sinar Bestari kongsikan beberapa cara mudah dalam memastikan tubuh anda sentiasa dalam keadaan baik dan seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lancar walaupun dalam cuaca yang panas.

1) Kerap minum air

Amalkan minum air putih seberapa kerap yang boleh. Tidak perlu tunggu hingga tekak kering. Elakkan minuman bergula termasuk teh dan kopi.

1.1) Isotonik

Minum minuman isotonik untuk gantikan garam yang hilang air akibat berpeluh.

1.2) Bawa air botol

Sentiasa bawa botol air di dalam beg apabila keluar rumah.

2) Dinginkan tubuh

2.1) Snek buah

Selain minum air putih, jadikan salad dan buah-buahan segar sebagai snek seharian.

2.2) Pakaian

Pakai pakaian yang selesa, ringan dan longgar seperti fabrik kapas selain memilih warna yang terang demi memantul cahaya.

2.3) Hadkan aktiviti

Hadkan aktiviti di luar, lebihkan masa di dalam rumah atau pejabat. Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak atau berada di bawah matahari yang terik pada waktu puncak antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Pakai topi atau payung untuk melindungi tubuh dan kulit daripada pancaran haba.

2.4) Pakai krim

Sebelum keluar rumah, sapukan krim pelindung matahari di muka dan tangan. Ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

2.5) Rendam

Sering lap tangan dengan tuala sejuk atau rendam kaki di dalam air sejuk.

2.6) Air sejuk

Mandi dengan menggunakan air sejuk dan elakkan guna alat pemanas air.

Baca juga 

Cakna murid berisiko cicir demi kelestarian masyarakat dan negara

Anak yatim piatu kongsi PhD, beri semangat bagi yang senasib

3) Dinginkan rumah anda

3.1) Guna langsir

Turunkan bidai dan langsir serta buka tingkap pada sebelah malam agar udara sejuk dapat masuk. Menurut kajian, dengan menurunkan bidai dan langsir, sebanyak tujuh peratus haba dapat dikurangkan dan rumah boleh jadi sejuk sedikit.

3.2) Ais dan kipas

Letakkan ketulan ais di depan kipas angin kerana ia dapat membantu membuat udara lebih sejuk. Cara ini sesuai bagi yang tidak mempunyai alat hawa dingin atau mereka yang ingin menjimatkan bil elektrik.

3.3) Air dalam besen

Pernah tak anda dengar petua ini? Kata orang-orang dulu, bila letakkan besen yang diisi air di dalam bilik, bahang di rumah akan berkurangan. Kehadiran air dalam besen ini dikatakan dapat serap haba panas. Cubalah! Tapi, pastikan untuk gunakan besen yang mempunyai permukaan yang luas. Jangan pula letakkan air dalam mangkuk atau periuk yang kecil.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

4) Kurangkan peluh semasa tidur

4.1) Cadar kapas

Apabila cuaca panas, tubuh pasti akan berpeluh bila anda tidur. Cadar pula akan mudah berbau. Apabila anda ingin menukar cadar dan sarung bantal, pilihlah fabrik jenis kapas kerana ia lebih lembut dan dapat serap haba, lalu dapat mengurangkan peluh.

5) Tukar bal lampu

5.1) Jenis lampu

Pernah tak anda terasa bahang gara-gara lampu di rumah? Benar, lampu mampu menghasilkan haba. Oleh itu, sebelum membeli lampu, pastikan anda tahu perbezaannya dan dapatkan jenis seperti lampu fluorescent atau LED yang dapat mengurangkan haba dan kuasa elektrik. Sekali gus ia membantu mengurangkan bahang dan wang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan