ezgif-2-67cbd75c2eb0
ezgif-2-67cbd75c2eb0

“Dia SPM gred 2 sahaja, adik beradik yang lain semua straight A, anak tak boleh diharap!” Namun akhirnya bapa kesal dengan tindakannya dulu

Mohd Khairi Mohamad Yusri
09 Dec 2021 09:40am
A
A
A

Tiada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi susah dalam hidup mereka malah ada yang meletakkan harapan sangat tinggi pada anak-anak mereka.

Bermula dari bangku sekolah rendah lagi, hanya kedudukan nombor satu yang dipinta, selain dari itu, semuanya dikira tidak cukup bagus dan mula membanding-bandingkan pencapaian anak mereka dengan orang lain.

Namun para ibu bapa perlu faham bahawa setiap manusia ini unik dan berbeza, semuanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Baru-baru ini tular satu perkongsian yang daripada seorang bapa yang sangat memandang rendah pada kebolehan anaknya. Di matanya anak itu sangat kurang bijak, dan tidak boleh diharap berbanding dengan anak-anaknya yang lain.

Apatah lagi selepas tamat sekolah, anaknya itu hanya mampu bergelar pekerja kilang sahaja, lagilah bertambah rasa kecewanya. Namun, satu hari berlaku satu peristiwa yang meruntun hati dan membuatnya kesal atas tindakannya dulu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

*****

"Saya ada empat orang anak. Semua berjaya kecuali seorang. Ada doktor, engineer dan lawyer. Tapi anak yang ketiga tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tiada. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang.

Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

"Tengok macam adik beradik yang lain, semua kerja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga sahaja."

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir ALLAH saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga, harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ketiga balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada ALLAH atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya ALLAH jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi ALLAH sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah ALLAH takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.

Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.

Bersangka baiklah dengan ALLAH.

Bagi ibu bapa yang dapat keputusan anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah S.W.T. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Sumber: Kisah Benar

Artikel berkaitan

Kerana Ammar, sekumpulan guru sanggup kumpul duit dan jahit seluar sekolah. Warga maya sebak!

Keputusan eGTukar: Para guru kongsi kisah sebak, suka dan duka

Nurul Izzati sebak ditawar biasiswa zakat sepanjang pengajian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan