Screenshot (45)
Screenshot (45)

Hari pertama Aafiyah ke prasekolah, Siti Nurhaliza hampir menangis kerana terharu

Adlan Farhan Azwan
13 Jun 2022 11:28am
A
A
A

Hari pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan merupakan satu debaran yang hebat buat kebanyakan ibu bapa di luar sana.

Perasaan bimbang, sedih, gembira, serta terharu pasti akan dilalui oleh semua ibu bapa apabila melihat anak mereka masuk dan duduk di dalam kelas buat pertama kali dalam hidup.

Pelbagai ragam dan kerenah yang kita dapat saksikan pada hari pertama persekolahan terutamanya melibatkan murid prasekolah atau Tahun Satu yang menangis tidak mahu masuk ke kelas.

Lain pula kisahnya apabila Siti Aafiyah Khalid telah memulakan hari pertama persekolahan hari ini.

Kredit foto: Instagram @ctdk

Menurut perkongsian daripada Siti Nurhaliza, beliau memaklumkan hari ini merupakan hari pertama Siti Aafiyah memasuki pra sekolah.

“Alhamdulillah, hari ini hari pertama Aafiyah masuk prasekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah tetapi dia tidak meragam.

“Bersiap cantik dan siap ‘pose’ lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah.

“SubhanALLAH, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tanpa tengok belakang. Ayah ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis, tetapi tahan sahaja,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Instagram beliau.

Puteri kepada pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa yang baru sahaja berumur empat tahun itu kini mempunyai lebih 400,000 jumlah pengikut di laman Instagram.

Rata-rata pengguna di laman itu turut meluahkan keterujaan dan mendoakan agar segala urusan keluarga itu dipermudahkan.

Kepada ibu bapa di luar sana, Sinar Bestari ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi lima cara elak anak meragam pada hari pertama persekolahan mereka.

  1. Beri pendedahan awal

Sebaik-baiknya, ibu bapa hendaklah memberi pendedahan awal tentang alam persekolahan kepada anak-anak dengan bercerita perkara menarik yang membuatkan mereka tertarik untuk ke sekolah.

  1. Tunggu seketika

Memasuki alam persekolahan adalah satu pengalaman baharu bagi anak-anak yang terpaksa ‘dipisahkan’ dengan ibu bapa buat sementara. Jadi, ibu bapa boleh tunggu seketika di sekitar kawasan sekolah yang dibenarkan supaya anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah.

  1. Libatkan diri

Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama anak-anak di rumah. Ibu bapa boleh juga mengambil peluang ini untuk bertanyakan hari mereka. Sebagai contoh, siapa kawan di sekolah, belajar apa hari ini dan sebagainya.

  1. Kawal emosi

Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah perlulah mengawal emosi dengan sebaik mungkin. Ini kerana untuk mengelakkan anak-anak turut merasi emosi yang sama. Tidak dinafikan, ibu bapa turut terkesan apabila berjauhan dengan anak tersayang buat kali pertama.

  1. Ketahui punca anak meragam

Jika anak tetapi meragam sebaik waktu untuk ke sekolah, pasti ada sebabnya tersendiri. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda haruslah mencari punca anak meragam. Terdapat pelbagai kemungkinan seperti, takut dengan rakan, tidak sihat dan tidak selesa.

Jika sudah memperoleh punca masalah, ibu bapa bolehlah teruskan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut.

Artikel berkaitan

Genggam PhD pada usia muda, Zulfati Izazi kini pensyarah hebat di Korea

Bukan mudah jadi pelakon dan pelajar, Sweet Qismina akhirnya berjaya terima ijazah

Dua dekad ceburi bidang pengacaraan, Ally Iskandar tetap merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan