201795583_1769295309938866_3883441872810782798_n
201795583_1769295309938866_3883441872810782798_n

Cara susunan fail bagi Calon Guru Cemerlang, ada 6 cadangan terbaik perkongsian Ustazah Aminah

Roshlawaty Md Raieh
12 Nov 2021 10:48am
A
A
A

Rakan-rakan guru yang tersenarai sebagai Calon Guru Cemerlang, pastinya telah berusaha sebaik mungkin dalam menyusun fail yang berkaitan.

Mungkin sesetengahnya sudah hampir siap dan mungkin ada antara mereka, berdepan dengan kebuntuan.

Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff dalam hantaran Facebooknya, ada berkongsi tentang cara penyusunan fail berdasarkan rujukan daripada mereka yang pakar.

“Saya kongsikan mengikut pengalaman yang pernah di lalui sebelum ini.

“Penyusunan fail ini tidak muktamad, ia bergantung kepada kreativiti cikgu masing-masing. Ini hanya sebagai panduan sahaja,”katanya dalam akaun berkenaan.

Mari ikuti cadangan penyusunan fail oleh Guru Cemerlang dari sebuah sekolah di Melaka ini.

*****

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik hati-hati kita. Yang meniup semangat dan motivasi kepada hamba-hambaNya yang berusaha.

Pengalaman ini saya kongsikan untuk sahabat-sahabat yang memerlukan. Terima kasih kepada mentor yang banyak memberi bimbingan dalam penyusunan fail, Ustazah Rohaizan Othman. Rakan seperjuangan yang banyak kongsi idea, Guru Cemerlang, Ustazah Syida dan Ustazah El Alma Al-Aire. Penyusunan fail ini tidak muktamad, ia bergantung kepada kreativiti cikgu masing-masing. Ini hanya sebagai panduan sahaja.

Atas nasihat dan bimbingan mentor, saya wujudkan enam fail utama.

Fail GCPC

1) Muka Depan Fail

Mengandungi lencana sekolah, tajuk fail, gambar berukuran pasport, DG semasa dan alamat sekolah.

2) Fail Profil

Kandungannya:

a) Maklumat guru.

b) Senarai sumbangan peribadi dan kumpulan untuk membangunkan kompetensi sebagai guru.

Contohnya penyelidikan, bahan penulisan dan pengkaryaan serta bukti dalam bentuk QR Code dan sebagainya.

c) Senarai sumbangan profesional dan bukan profesional.

d) Peningkatan Akademik.

3) Fail Penglibatan dan Sumbangan (Dokumentasi)

Dalam fail ini masukkan gambar setiap aktiviti yang dijalankan. Susun beberapa keping gambar dan tulis tajuk serta tarikh program itu dilaksanakan.

Setiap dokumentasi itu di susun bermula peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, asean dan antarabangsa.

4) Fail Penglibatan dan Sumbangan (Sijil)

Fail mengandungi sijil-sijil, bukti sumbangan dan penglibatan kita.

Setiap sijil disusun mengikut turutan yang sama dengan fail dokumentasi tadi, baru nampak kesinambungan antara fail-fail ini. Bermula peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, asean dan antarabangsa.

5) Fail inovasi

Fail ini berkaitan dengan inovasi yang pernah kita hasilkan termasuk kajian tindakan, gambar, surat-menyurat dan mungkin ada data-data pencapaian murid setelah menggunakan inovasi kita.

Saya sediakan satu meja untuk pamerkan bahan inovasi dan segala yang berkaitan dengannya.

6) Fail HEM, Kokurikulum dan Kokurikulum

Susun surat-menyurat dan jawatan, sumbangan dan penglibatan kita dalam bidang berkenaan.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang mendapat panggilan untuk pemantauan daripada pihak nazir. Usaha sehabis baik, yakin dengan diri sendiri dan niatkan segalanya kerana Allah.

Saya doakan moga Allah permudahkan urusan sahabat semua dan beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff

Artikel berkaitan 

Ismail USIM bangga dinobat sebagai penerima Anugerah Khas MAKUM, tak sangka ini ucapan beliau…

Bijak urus masa antara tip pelajar cemerlang Kolej Genius Insan SPM 2021

7 tip ini mungkin membantu anda menjadi Guru Cemerlang. Semoga berjaya cikgu!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan