Screenshot (31)
Screenshot (31)

Kelas percuma untuk pelajar yang terkesan dengan banjir

Adlan Farhan Azwan
30 Dec 2021 01:54pm
A
A
A

Banjir besar yang telah melanda beberapa lokasi di negara ini telah memusnahkan pelbagai jenis barangan kehidupan seharian.

Pendidikan sering terganggu, tidak kira pandemik atau banjir di seluruh negara. Dengan sumber yang terhad, sentiasa menjadi cabaran bagi pelajar untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka ketika bencana.

Pelajar terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran dalam usaha pemulihan pasca banjir. Namun, ada berita baik buat pelajar yang terkesan dengan bencana banjir.

BACA JUGA: Banjir: 2 hingga 3 juta buku rosak

BACA JUGA: UMT gerak skuad banjir, agih sumbangan RM22,400

Sekumpulan tutor menawarkan kelas tambahan percuma untuk membantu pelajar yang terjejas akibat banjir. Mereka menawarkan kelas dalam mata pelajaran: akaun, fizik, kimia dan matematik tambah.

[embed]?s=20[/embed]

Tutor sukarelawan adalah pelajar universiti yang cemerlang dan berpengalaman dalam mengajar.

Dalam pada itu, jika terdapat pihak yang ingin menjadi tenaga pengajar secara sukarelawan turut boleh menyertainya.

Kelas dalam talian untuk mereka yang mempunyai sambungan internet dan kelas fizikal boleh diatur bergantung pada lokasi tutor.

Pengumuman itu dibuat oleh @ushardaniele menerusi laman Twitter yang menyeru kepada mana-mana pelajar yang memerlukan kelas percuma ekoran banjir yang melanda.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook.

Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan kepada @AshAbdRah di laman Twitter.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan