Mahu menghasilkan tulisan khat yang sempurna dan cantik, ini peralatan yang perlu pelajar miliki
Mahu menghasilkan tulisan khat yang sempurna dan cantik, ini peralatan yang perlu pelajar miliki

Mahu menghasilkan tulisan khat yang sempurna dan cantik, ini peralatan yang perlu pelajar miliki

Roshlawaty Md Raieh
16 Sep 2022 04:10pm
A
A
A

Di sebalik keindahan tulisan khat yang dihasilkan pelajar, sudah semestinya ada peralatan asas yang perlu dimiliki mereka.

Ini kerana sesuatu hasil karya yang baik mestilah daripada peralatan yang berkualiti.

Untuk itu, terdapat beberapa bahan asas yang perlu ada dalam koleksi pelajar.

Sinar Bestari kongsikan bahan-bahan asas yang dimaksudkan itu.

Ini senarainya.

Pen khat, kayu resam dan banyak lagi adalah peralatan menulis yang wajib ada ketika menulis khat.

Bagi pelajar yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena kerana setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing.

Pakar-pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang dan kayu ijuk untuk menulis.

Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan dan menggunakannya dengan baik.

Untuk mereka yang baru belajar menulis khat, cara terbaik adalah menggunakan pen khat marker yang mempunyai tiga jenis mata iaitu 1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm) dan 3.0 (0.3cm).

Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris dan set geometri juga adalah antara peralatan menulis khat yang wajib ada.

Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel dan yang seeloknya gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya).

Seterusnya, kertas, buku latihan dan pelapik menulis turut diperlukan dalam penghasilan khat.

Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat.

Kertas yang biasa digunakan ialah art paper, mattart, tracing paper atau kertas biasa (seperti A4) 80gsm ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat.

Peralatan seperti dakwat yang dibeli atau dibuat sendiri juga antara peralatan yang harus ada.

Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar selepas kering.

Antara dakwat yang biasa dipakai ialah Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya.

Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ia boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis.

Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat dan didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk mengehadkan dakwat disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan tulisan di atas kertas rosak dan melimpah dengan dakwat.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan 

20 pelajar SEPINTAR terpantas khatam al-Quran 30 juzuk hingga tersenarai dalam Sofwatul Huffaz!

Kenali 26 peralatan yang sering digunakan penenun

Keunikan Anggun Gemersik Tari berjaya gilap bakat murid-murid SK Serendah dalam bidang seni persembahan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan