Untitled design
Untitled design

20 pelajar SEPINTAR terpantas khatam al-Quran 30 juzuk hingga tersenarai dalam Sofwatul Huffaz!

Roshlawaty Md Raieh
14 Dec 2021 04:50pm
A
A
A

Setiap sekolah pasti mempunyai papan kenyataan yang memuatkan pelbagai informasi mengenai sekolah tersebut.

Informasi tentang sejarah dan kejayaan sekolah, senarai guru-guru yang pernah berkhidmat, peraturan yang perlu diikuti dan sebagainya adalah antara yang dinyatakan pada papan kenyataan berkenaan

Papan kenyataan di dalam kelas pula, biasanya dikongsikan maklumat seperti jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan kebakaran dan lain-lain info penting untuk rujukan guru dan murid.

Bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang atau lebih dikenali sebagai SEPINTAR, papan carta yang dikongsi menerusi laman Facebook baru-baru ini, telah menarik perhatian penulis untuk dikongsi dengan semua pembaca.

Papan carta yang dikenali Sofwatul Huffaz itu adalah papan carta 20 pelajar SEPINTAR yang paling cepat dan pantas khatam hafazan al-Quran 30 juzuk.

Mendahului senarai ialah Siti Nur Amalin Khairiyyah Hishamuddin yang berjaya khatam hafazan dalam tempoh sembilan bulan iaitu bermula 12 Februari 2019 hingga 19 November 2019.

Mendapat bimbingan daripada Ustaz Mohd Hanif Othman, Siti Nur Amalin Khairiyyah berkongsi sedikit kata-kata hikmah kepada semua.

“Kita diuji bukan untuk menunjuk kelemahan kita, namun untuk membina dan menunjukkan kekuatan kita”

Seterusnya, 19 lagi nama pelajar yang tercatat dalam Sofwatul Huffaz adalah:

1) A’innur Qarisyah Zaihad Afuan (setahun tiga bulan)

2) Siti Nurhanisa Suhaidin (setahun enam bulan)

3) Siti Nurhanim Suhaidin (setahun enam bulan)

4) Zahra Humaira Mohd Azmir ((setahun lapan bulan)

5) Nurul Syahira Mohd Safri (setahun sembilan bulan)

6) Puteri Nuramni Amir (setahun sembilan bulan)

7) Nur Hidayati Mohamad Zaini (setahun sembilan bulan)

8) Nurauni Safrina Ronhazli (setahun sembilan bulan)

9) Izzah Rufaidah Mohd Iqram (setahun 10 bulan)

10) Isyatul Hannan Md Salim (setahun 11 bulan)

11) Hilman Hazim Mohd Azali (setahun 11 bulan)

12) Nur Hannah Mardhiah Abdul Malek (setahun 11 bulan)

13) Ahmad Irfan Hafiz Mohammad Hisham (dua tahun sebulan)

14) Muhammad Naufal Mohd Zulkifli (dua tahun sebulan)

15) Nor Adriana Norhisham (dua tahun dua bulan)

16) Adlin Irdina Mohd Izni Zuhdi (dua tahun tiga bulan)

17) Nur Batrisyia Putri Shamsul Niza (dua tahun tiga bulan)

18) Muhammad Irfan Fisul (dua tahun empat bulan)

19) Iman Irdina Norazmi (dua tahun empat bulan)

Menurut perkongsian Facebook itu lagi, ada diterangkan tentang pertanyaan daripada orang ramai mengenai perkara ini...

“Kalau dah khatam mereka buat apa?”

Dan ini jawapannya.

1) Mereka murajaah untuk mantap dan kekalkan hafazan. Lagi cepat hafal maka lagi banyak kali boleh murajaah.

2) Pelajar-pelajar ini akan menjadi guru muda tahfiz. Mereka akan mendengar (tasmik) bacaan rakan-rakan sebelum rakan-rakan ini tasmik dengan guru pula. Bila mendengar bacaan rakan, secara tidak langsung mereka murajaah juga.

3) Mereka boleh mantapkan fiqh al-ayat (kefahaman ayat), meneliti makna dan terjemahan, memahami maksud ijmali (am) ayat dan mengetahui asbab nuzul (sebab turun) ayat.

4) Mereka boleh mendalami qiraat sab'ah.

Untuk rekod, 20 pelajar ini adalah senarai teratas. Ramai lagi yang telah khatam hafazan al-Quran sebenarnya.

Sekiranya ada pelajar SEPINTAR yang khatam hafazan al-Quran lebih awal, mereka akan dimasukkan dalam carta tersebut dan akan terkeluarlah seorang yang terakhir dalam carta.

Diharapkan dengan adanya papan carta ini, ia dapat menjadi pencetus semangat kepada anak-anak SEPINTAR yang lain, insya-ALLAH.

Sumber: Facebook SBPI Rawang - Rasmi

Artikel berkaitan 

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah

Keperibadian murid ini buat Ustaz Nazri terkenangkan arwah anak. Ya ALLAH, sebaknya!

Kesanggupan Ustaz Fadzrol demi penuhi minat generasi muda jadi bilal buat ramai salute!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok