nathan-dumlao-rWcza92CapI-unsplash (1)
nathan-dumlao-rWcza92CapI-unsplash (1)

Mahu mental dan fizikal kekal sihat ketika musim Covid-19, Dr Rizal ada caranya

Mohd Khairi Mohamad Yusri
26 Aug 2021 09:41am
A
A
A

Hari ini, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 22,642 dengan jumlah kes keseluruhan sudah mencecah 1,616,244.

Angka ini sangat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia terutama ibu bapa memandangkan tarikh pembukaan sekolah yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Walaupun kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pembukaan sekolah ke bulan Oktober, namun masih ramai yang risau akan keselamatan anak-anak mereka, ditambah lagi dengan kewujudan varian Delta yang boleh menyerang semua orang termasuk mereka yang sudah divaksin.

Malah ramai yang menjadi semakin takut untuk keluar dari rumah. Sedar atau tidak, perkara ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental dan jika tidak dijaga pastinya akan memberi kesan terhadap kesihatan fizikal.

Ia juga mungkin mendatangkan kesan yang lebih teruk lagi daripada pandemik yang sedang kita hadapi sekarang.

Oleh itu, mari kita ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar mengenai langkah penjagaan mental dan fizikal yang boleh dilakukan semasa pandemik.

1. Nutrisi seimbang

©unsplash

Nutrisi pemakanan yang seimbang merangkumi gabungan tenaga serta zat daripada makanan yang berbeza supaya kesihatan dapat dijaga secara keseluruhan.

Ia juga untuk menaikkan sistem imuniti badan yang sangat berperanan penting dalam melawan virus yang menyerang, terutamanya virus Covid-19 yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Jadi semua orang perlu sentiasa mengambil nutrisi yang diperlukan badan secara cukup.

Dinasihatkan juga supaya banyak makan sayuran hijau dan buah-buahan yang tinggi vitamin seperti epal, kiwi dan jambu batu, selain protein, lemak sihat, karbohidrat dan mineral.

2. Kerap bersenam

©unsplash

Bersenam amat penting untuk menguatkan sistem kardiovaskular badan. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar untuk mengurangkan risiko kemurungan yang dihadapi.

Bagi golongan yang sudah mencapai umur emas, bersenam boleh melindungi fungsi mental selain meningkatkan peredaran darah ke otak.

Dalam masa yang sama, harus diingatkan supaya jangan terlalu memaksa badan ketika bersenam. Buat senaman berdasarkan kemampuan diri dan tubuh badan masing-masing. Lakukan secara bersederhana mengikut rentak badan.

Baca juga:Menjaga kesihatan ketika musim panas, guru dan pelajar perlu amalkan 6 tip penting ini!

Baca juga: Krisis adab semakin menipis punca pelajar hilang minat dalam pelajaran – Syamsul Debat

3. Cari Hobi

©unsplash

Mempunyai hobi juga sangat penting untuk seseorang individu supaya dapat menghargai masa bersendirian serta mengelakkan daripada berfikir benda bukan-bukan.

Namun apakah hobi yang sesuai untuk dilakukan sepanjang tempoh pandemik ini? Sebenarnya terdapat pelbagai hobi yang boleh dipilih seperti memasak, mendengar muzik, zumba, melukis, dan fotografi yang sesuai dengan minat. Cuba sahaja semuanya, pasti akan ada yang disukai.

Hobi dapat meningkatkan pengetahuan kita. Kita mungkin belajar benda baru ketika berjinak-jinak dalam aktiviti yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

4. Bersifat positif

©unsplash

Apabila terdengar sahaja berita mengenai pandemik Covid-19 ini, pasti ramai yang akan merasa keliru dan takut. Ini kerana terdapat lambakan info di media sosial yang tidak diketahui akan kesahihan maklumat tersebut.

Jadi, anda perlu tahu platform manakah yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang benar.

Jaga emosi, jangan sampai terpengaruh dengan hal bukan-bukan yang mungkin akan mempengaruhi kesihatan mental anda.

Ingat! Tak pasti jangan kongsi.

5. Kekalkan hubungan sosial

Perkara ini adalah sangat penting, kerana keadaan sekarang yang tidak menentu membuatkan seseorang itu mungkin akan menjadi seseorang yang suka menyendiri kerana stres yang melampau.

Kekalkan hubungan dengan ahli keluarga dan rakan sekerja. Kalau ada apa-apa masalah yang dihadapi, jangan pendam seorang diri.

Jangan bebankan pemikiran kita dengan banyak masalah. Hargai diri kita sendiri dengan menjaga kesihatan mental dan fizikal.

Diolah dari hantaran Facebook DrRizal Abu Bakar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan