PRU15: Mudah dan pantas! Ini caranya menyemak tempat mengundi bagi guru dan mahasiswa
PRU15: Mudah dan pantas! Ini caranya menyemak tempat mengundi bagi guru dan mahasiswa

PRU15: Mudah dan pantas! Ini caranya menyemak tempat mengundi bagi guru dan mahasiswa

Roshlawaty Md Raieh
16 Nov 2022 03:38pm
A
A
A

Makin dekat masanya untuk rakyat Malaysia keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Pada saat-saat akhir, sudah semestinya ramai guru dan mahasiswa sudah mengetahui lokasi mengundi masing-masing.

Bagaimanapun, masih ada yang tidak tahu di mana lokasi mengundi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Dek masalah itu, ada sesetengahnya mula mengelabah dan hilang arah serta mencari-cari informasi untuk menyemak tempat mengundi agar boleh membuat persiapan awal ke lokasi berkenaan.

Bagi membantu mereka, Sinar Bestari kongsikan beberapa langkah penting untuk guru dan pelajar universiti lakukan dalam membuat semakan tempat mengundi masing-masing.

Jom lihat langkah-langkah tersebut.

1) Klik pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilihPapar

2) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan (contoh: 98xxxxxxxxxx)/Nombor Perkhidmatan Tentera (contoh: Txxxxx)/Nombor Perkhidmatan Polis (contoh: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx) - (Tanpa "-" atau jarak).

3) Masukkan kod pengesahan CAPTCHA.

4) Klik kotak SEMAK

5) Kemudian, maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina akan dipaparkan.

6) Informasi berkaitan maklumat pengundian termasuk pusat mengundi, saluran, bilangan, masa mengundi, masa keluar mengundi yang digalakkan dan tarikh pengundian turut terpampang pada seksyen kedua.

7) Turut dipaparkan juga maklumat daftar pemilih yang telah disahkan iaitu lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan negeri.

8) SPR menyarankan para pengundi mencatat nombor saluran dan nombor bilangan dan bawa ke Pusat Mengundi bagi memudahkan urusan pada hari pengundian.

Dengan perkongsian maklumat ini, diharapkan dapat membantu pemilih berusia 18 tahun dan ke atas antaranya terdiri daripada para guru dan mahasiswa untuk membuang undi.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan 

Pelajar teruja mengundi kali pertama di pilihan raya kampus, jalan tanggungjawab pilih pemimpin

Pelajar IPT diberi 5 cuti hari untuk balik mengundi

Ketagih permainan video? Pakar Perunding Perubatan Keluarga kongsi jalan penyelesaiannya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan