bc8sfpJC-Gambar-hiasan-2-1
bc8sfpJC-Gambar-hiasan-2-1

Masih belum sesuaikan diri, guru kongsi ragam murid-murid Tahun Satu makan di kantin

Adlan Farhan Azwan
10 May 2022 03:14pm
A
A
A

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sekali gus membolehkan murid-murid kembali menjalani sesi persekolahan seperti biasa.

Berdasarkan kelonggaran SOP itu, murid-murid telah dibenarkan ke sekolah tanpa penggiliran dan kehadiran mereka adalah diwajibkan.

Khusus bagi murid-murid Tahun Satu, ia merupakan pengalaman pertama buat mereka apabila perlu hadir ke sekolah tanpa sebarang penggiliran lagi.

Oleh itu, guru-guru di sekolah pasti akan berhadapan dengan pelbagai kerenah serta ragam murid-murid ini.

Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Pulau Pinang, Mawaddah Mohd Nor sempat berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai ragam murid-murid itu ketika berada di kantin sekolah yang mencuit hati warganet.

Baca juga

Guru kongsi cita-cita murid Tahun 2 mahu jadi suri rumah berpendidikan, ikut teladan ibunya

Guru kongsi aktiviti ‘Buku Gergasi’, tarik minat murid mendalami maksud sajak

Ikuti perkongsian beliau di bawah

*

Selesai latihan merentas desa tadi, saya duduk menyelit di bangku kerusi murid-murid makan di kantin.

Pada awalnya saya hanya minum segelas air anggur sejuk, tetapi melihat betapa berseleranya murid di hadapan saya makan laksa, saya bingkas bangun mendapatkan laksa yang sama di meja penjualan makanan di kantin.

"Eh ustazah, hendak laksa mangkuk ini?"

"Ya, bagi semangkuk. Sedap pula nampak mereka makan," balas saya.

Subhanallah.

Sedap laksa itu rupanya. Tidak sia-sia saya menumpang makan di meja anak-anak murid makan tadi.

Tiba-tiba, murid di sebelah menepuk bahu saya.

"Cikgu, saya tidak mahu dah ayam ini!"

Saya memandang ke pinggan nasinya. Ya, ada seketul ayam yang tidak habis dimakan.

"Makanlah. Sedikit sahaja lagi," pujuk saya kepada murid itu. Murid Tahun Satu yang baru belajar makan di kantin sekolah. Masih canggung melalui situasi baru itu.

"Tidak mahu. Sudah kenyang," balasnya bersungguh-sungguh sambil menggelengkan kepala.

Nampak dia benar-benar kenyang.

"Kamu bangun, pergi letak pinggan dalam besen di tepi koridor itu, ya," saya memberikan jalan penyelesaian sambil menunjukkan ke arah besen yang saya maksudkan.

Dia bangun dan pantas sisa-sisa nasinya bertaburan di meja dan di pakaiannya.

"Kamu kutip dulu nasi yang jatuh ini. Masukkan dalam pinggan. Selepas itu, baru letak pinggan dalam besen."

Dia menuruti. Alhamdulillah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kemudian datang lagi mendekati saya.

"Cikgu, hendak cuci tangan dekat mana?"

"Alahai, sinki dekat besen itu juga. Cuba tengok, ada atau tidak?"

Dia mengintai ruang di celah-celah murid-murid yang lalu lalang.

"Ya, adalah. Saya lupa!"

Saya tergelak kecil melihat gelagat anak kecil ini.

Guru-guru kelas sudah membuat pencerahan tentang tatacara sebelum dan selepas makan di kantin.

Cuma begitulah, hari ini baru hari kedua murid Tahun Satu makan di kantin. Belum lagi menjadi normalisasi amalan mereka lagi.

Insya-ALLAH, minggu hadapan, biasalah mereka.

Sumber: Facebook Mawaddah MN

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan