Microsoft-Edge-vs-Google-Chrome-1200x766
Microsoft-Edge-vs-Google-Chrome-1200x766

Microsoft Edge kini akan beri amaran kepada pengguna yang memuat turun Chrome dari platformnya!

Mohd Khairi Mohamad Yusri
07 Dec 2021 11:01am
A
A
A

Bagi kebanyakan pengguna, ketika mereka baru membeli komputer peribadi (PC) atau komputer riba baharu, perkara pertama yang selalunya dibuat selepas semua proses pemasangan Windows selesai pastinya akan membuka Microsoft Edge untuk menggunakan internet.

Namun begitu, setiap kali browser tersebut digunakan ketika pertama kali ia dibuka, selalunya bukan untuk melayari internet sebaliknya kebanyakan pengguna akan mencari perkataan “Google Chrome” dan terus memuat turun browser berkenaan.

Itulah kisah ringkas sedih Microsoft Edge di mana ramai yang menyangka kewujudannya hanyalah untuk memuat turun browser lain.

BACA JUGA: UMK dan Microsoft anjur program Code; Without Barriers, transformasi sosio-ekonomi digital di Kelantan

BACA JUGA: Aplikasi Discord memudahkan proses PdPR

Microsoft nampaknya telah menyedari trend ini dan mengambil jalan untuk untuk mengatasinya kerana menurut Neowin.net, mereka telah mengesan beberapa amaran daripada Microsoft untuk menghalang pengguna memuat turun dan memasang Chrome di komputer mereka.

Gambar hiasan kredit thewindowsclub

Jika anda ingin mencuba melihat sendiri amaran tersebut, mungkin anda perlu mencuba beberapa kali sebelum dapat melihatnya. Dalam hal ini, Neowin dan beberapa portal lain seperti The Verge telah mengesan sekurang-kurangnya tiga mesej berbeza, iaitu:

- "Microsoft Edge runs on the same technology as Chrome, with the added trust of Microsoft." - ("Microsoft Edge menggunakan teknologi yang sama seperti Chrome, dengan kepercayaan tambahan Microsoft.")

- "I hate saving money,' said no one ever. Microsoft Edge is the best browser for online shopping." -("Saya sangat benci berjimat,' tiada yang berkata sedemikian. Microsoft Edge ialah browser terbaik untuk membeli-belah dalam talian.")

- "That browser is so 2008! Do you know what's new? Microsoft Edge." - ("Browser itu sangat 2008! Adakah anda tahu apa yang baharu? Microsoft Edge.")

BACA JUGA: Program Microsoft Innovative Teachers dilancarkan demi melahirkan guru berintegriti

BACA JUGA: Antivirus terbaik sebenarnya mungkin sudah ada dalam komputer anda secara percuma

Walaupun amaran ini dilihat satu perkara yang pelik, namun ia sebenarnya merupakan satu perkara yang bukan baharu dan boleh dijangka dalam ‘perang browser’.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan perkhidmatan Bing ketika melayari internet, meskipun sedang menggunakan Chrome sekalipun, Bing akan tetap menyarankan anda menggunakan Edge.

Begitu juga jika anda memasuki laman web Google ketika anda menggunakan Edge, Google akan mengeluarkan notifikasi menyarankan agar Chrome digunakan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan