photo6186107861503945204
photo6186107861503945204

Murid Berkeperluan Khas berpotensi dalam sukan ragbi. Wargamaya luah rasa bangga!

Roshlawaty Md Raieh
03 Dec 2021 11:53am
A
A
A

“Murid Berkeperluan Khas (MBK) juga berbakat dalam bidang sukan dan permainan di sekolah.

“Mereka perlu dilatih dengan konsisten sekiranya mahu melahirkan atlet yang terdiri daripada MBK ini,” kata Cikgu Mohd Nasir Zakaria.

Beliau yang merupakan Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (2), Wilayah Persekutuan Putrajaya memberitahu, masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan MBK tersebut, perlu bijak mengintai kebolehan mereka.

“Sama ada guru, ibu bapa atau komuniti masyarakat, sentiasalah mencari peluang untuk mencungkil bakat dan potensi MBK dalam apa-apa bidang yang bersesuaian dengan mereka,” katanya.

Bagi mengenalpasti potensi MBK dalam dunia sukan ini, Cikgu Mohd Nasir berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi jurulatih kepada murid arus perdana dan MBK.

Ikuti apa kata beliau menerusi artikel ini.

Baca juga Sangat cute! Murid Pemulihan Khas teruja tengok mimik muka Cikgu Roslee ketika mengajar

Baca juga Tetap bersemangat walau serba kekurangan, inilah anak muda yang patut dijadikan contoh!

*****

Pengalaman sebagai jurulatih selama 12 tahun dalam bidang sukan dan permainan ragbi, telah menjadikan saya lebih matang ketika membuat keputusan berkaitan dengan kesukanan terhadap murid-murid arus perdana.

Walaubagaimanapun, pengetahuan yang diperolehi melalui kursus-kursus anjuran badan badan sukan yang diiktiraf sama ada melalui anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyumbang terhadap keupayaan untuk memperolehi lesen di dalam sukan khusus yang telah diterapkan di dalam permainan yang digemari ini.

Sukan ragbi juga mempunyai peranan dalam memberikan pengalaman kepada murid untuk aktif dan bergerak seperti subjek Pendidikan Jasmani yang selalu dipraktikkan untuk koordinasi dan kesesuaian di dalam pergerakan yang melibatkan motor kasar dan motor halus.

Permainan ini mempunyai nilai yang tinggi untuk memberikan satu pengalaman dan pengetahuan kepada murid agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan dapat mengajar murid untuk lebih peka. Malah, dengan peraturan dan undang-undang permainan ini, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama sepasukan.

Latihan yang berstruktur

Latihan yang berstruktur merupakan satu bentuk latihan yang menggunakan asas pedagogi sebagai salah satu medium untuk memperkenalkan pemain baharu khususnya pemain yang mengalami Masalah Pembelajaran di kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) supaya mereka dapat menjalankan latihan secara ansur maju.

Penerapan teknik sukan dan permainan ini dijalankan dengan mengetengahkan konsep latihan yang seronok kepada semua murid untuk memberikan galakan kepada aspek hands on supaya murid lebih bersemangat dan bermotivasi menjalani latihan yang telah dirancang terlebih dahulu sebelum applikasi latihan dijalankan.

Aktiviti asas pergerakan bukan lokomotor seperti melompat, regangan statik yang mempunyai satu bentuk latihan yang terancang berupaya menarik minat ramai murid untuk mencuba permainan ini.

Seterusnya, aktiviti pergerakan lokomotor seperti berlari ulang alik dalam jarak yang telah ditetapkan dengan membawa bola ragbi memberikan lebih banyak peluang untuk murid mengeksplorasi tatacara permainan ini yang seronok dan mampu memberikan satu ketenangan emosi kepada semua peserta.

Usaha ini juga tidak terbatas kepada semua murid normal yang sihat tubuh badan dan fizikal mereka sahaja.

Bahkan murid yang tergolong di dalam kelompok MBK turut mendapat perhatian dan sokongan daripada jurulatih.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Jurulatih memberikan latihan sukan asas kepada MBK dengan menyediakan satu peluang latihan di masa senggang dan lapang melalui latihan dan bimbingan yang menarik serta sesuai dengan had keupayaan MBK tersebut.

Jurulatih pula telah menubuhkan satu pasukan yang bercirikan Pendidikan Khas untuk menjalani latihan dimana ini merupakan usaha yang pertama kali diadakan dengan inisiatif jurulatih sendiri iaitu mewujudkan latihan kepada mereka.

Walaupun jurulatih merupakan seorang guru di arus perdana, namun keupayaan mereka ini dapat diberikan satu penghargaan kerana berupaya menjalani latihan secara serius walaupun berbeza dengan murid normal yang lain.

MBK telah mendapat sokongan berterusan melalui aktiviti yang menerapkan elemen Pendidikan Jasmani supaya MBK dapat melaksanakan aktiviti sesuai dengan kemampuan mereka. Ini menunjukkan peribadi mulia jurulatih sebagai guru di sekolah tempat beliau bertugas.

Pasukan PERTAMA

Pasukan PERTAMA adalah nama pasukan yang diberikan oleh jurulatihkerana usaha seumpama ini juga merupakan salah satu daripada aspek penting bagi mewujudkan minat terhadap usaha yang ditunjukkan.

Jolokan nama pasukan PERTAMA adalah merupakan usaha pioneer yang pertama kali diadakan dengan menerapkan elemen kesukanan sebagai medium aktif .

MBK juga memerlukan perhatian sesuai dengan budaya normal murid-murid di arus perdana. Usaha ini harus diberikan pujian dan galakan kerana MBK adalah manusia yang harus diberikan galakan dan sokongan.

Walaupun pada dasarnya mereka kelihatan seperti biasa namun situasi kognitif yang dialami murid ini memerlukan lebih sokongan moral dan tindakan yang berupaya memberikan mereka peluang dan ruang untuk bersama-sama dalam situasi inklusif dan selesa dan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa kepada semua murid tanpa mengira latar belakang keupayaan mereka.

Inisatif mewujudkan aktiviti yang kreatif

Pendidikan Khas dan Pendidikan Integrasi (PPPI) merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di bawah kendalian KPM yang harus diketahui oleh masyarakat supaya golongan Berkeperluan Khas ini tidak dipinggirkan oleh segelintir masyarakat yang hanya melihat pelajar arus perdana sebagai keutamaan semata-mata.

Persepsi negativ berkaitan PPKI adalah salah satu cabaran yang perlu ditangani kerana keperluan inklusif adalah salah satu daripada cabaran yang perlu dijelaskan supaya golongan ini turut mendapat perhatian di dalam masyarakat khususnya komuniti setempat dan ibu bapa yang mana anak mereka tergolong di dalam kategori tersebut untuk kekal positif.

Menyedari hakikat ini, inisiatif untuk menubuhkan pasukan dari kelompok MBK yang digelar SK Putrajaya Presint 8 (2) PERTAMA wajar dipuji.

Ini merupakan salah satu intervensi yang digunakan untuk merapatkan jurang di antara murid normal di arus perdana dan MBK.

Melalui cara ini, murid dapatmengenal pasti tatacara dan teknik yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu aktiviti.

Idea ini adalah hasil kerjasama bersama di antara guru PPKI dan guru arus perdana iaitu Cikgu Mohd Akhmal dan saya sendiri di mana memiliki pengalaman dalam melatih dan membimbing pemain dalam bidang masing-masing.

Bermula dengan aktiviti biasa semasa kelas aktiviti Pendidikan Jasmani, idea menubuhkan pasukan tersebut timbul dengan perbincangan rapi.

Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penolong Kanan Khas sekolah ini, menyambut baik usaha dengan beberapa aspek yang perlu diperkemaskan lagi seperti komitmen dan dokumentasi yang berkaitan agar selaras dengan kehendak yang diperuntukkan oleh KPM sebagai sebuah sekolah di bawah peraturan berkaitan.

Keseronokan yang dialami oleh murid semasa menjalani aktiviti tersebut, sangat membantu mereka dan dalam masa yang sama menyertai keseronokan yang dipandu oleh jurulatih bertauliah.

Aktiviti sukan ini merupakan aktiviti yang sangat baik diperkenalkan kerana elemen ragbi yang sangat menjurus kepada disiplin, kebolehan dan keupayaan mendengar arahan, berkerjasama sepasukan dan kekal aktif.

Latihan pengenalan mengambil masa selama dua jam kerana teknik yang berbeza harus dilakukan supaya murid- murid berasa seronok dan dapat memberikan tumpuan di sepanjang sesi latihan tersebut.

Usaha ini perlu diberikan perhatian supaya melalui usaha ini maka dapatlah member peluang kepada MBK turut sama aktif dalam sukan spesifik selain sukan sekolah.

Aktiviti ini adalah sangat baik sekali jika dapat diambil sebagai salah satu etos dalam memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan murid. Nilai tambah yang diperolehi sangat bernilai dan bermakna.

Kesungguhan dan minat untuk membantu MBK ini telah memberikan peluang kepada jurulatih menyertai kursus PITO anjuran KPM.

Ini akan memberikan impak yang lebih maksimum kepada usaha sedia ada kerana kelak ilmu yang diperolehi melalui kursus PITO akan berupaya memberikan jurulatih lebih maklumat berkaitan tentang tatacara pengendalian MBK melalui pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi.

Pengalaman mengajar selama 12 tahun memberikan banyak ilmu untuk dikongsikan dan seterusnya memberikan manfaat kepada MBK melalui latihan secara konsisten dan terus istiqamah untuk memberikan yang terbaik kepada mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan