Murid ketagih makanan manis, berikut 6 bahaya menanti jika tidak dikawal
Murid ketagih makanan manis, berikut 6 bahaya menanti jika tidak dikawal

Murid ketagih makanan manis, berikut 6 bahaya menanti jika tidak dikawal

Roshlawaty Md Raieh
12 Jul 2022 05:37pm
A
A
A

Makanan manis merupakan antara jenis makanan yang sangat disukai oleh kanak-kanak dan juga murid sekolah.

Antara yang menjadi kegemaran mereka adalah ais krim, kuih donat, aneka pastri, susu berperisa coklat, makanan dengan campuran manisan buatan, gula-gula dan sebagainya.

Ramai dalam kalangan ibu bapa tidak menyedari yang anak mereka sering menikmati makanan manis sehingga ada yang seakan sudah ketagih kepada gula.

Salah faham dan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil akan menyebabkan gigi rosak dan obesiti.

Malah, pengambilan gula secara berlebihan juga akan menyebabkan imuniti tubuh menjadi lemah.

Menerusi Facebook Nutritionistkkm, ada dikongsikan mengenai enam bahaya gula kepada kanak-kanak dan juga murid-murid.

Mohon ibu bapa dan guru-guru mengambil cakna akan perkara ini dan seterusnya memantau pemakanan anak-anak dari semasa ke semasa.

Enam bahaya gula kepada kanak-kanak:

1) Otak

Menyebabkan ketagihan gula dan mengidam lebih banyak gula.

2) Obesiti

Pengambilan gula berlebihan meningkatkan berat badan dan risiko penyakit.

3) Tingkah laku

Gula berlebihan memburukkan simptom Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) seperti hiperaktif dan hilang fokus.

4) Gigi

Menyebabkan kerosakan gigi (karies gigi) dan masalah gusi.

5) Deria rasa

Pengambilan makanan tinggi gula akan merencatkan perkembangan deria rasa.

6) Pengambilan makanan sihat

Kanak-kanak dan murid-murid cenderung kepada makanan manis dan menolak makanan sihat dan seimbang.

Artikel berkaitan 

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah

Bangga dengan tradisi Sarawak, Dr Kaleena hadiri konvokesyen berpakaian tradisional Orang Ulu

6 tip jadi pemain catur


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan