neonbrand-LUgHXvLe_kM-unsplash (1)
neonbrand-LUgHXvLe_kM-unsplash (1)

Nak beli telefon ‘second-hand’ tapi takut ditipu? Baca tip ini dulu!

Mohd Khairi Mohamad Yusri
06 Dec 2021 10:03am
A
A
A

Nak buka satu fail pun terasa lama, tapi bila tengok kawan buka, eh laju pula.

Haa, itu tandanya telefon anda sudah menjadi semakin perlahan. Jika mahu tahu cara membaikinya, anda boleh cuba baca artikel ini dulu.

Bagaimana pula jika sudah mencuba cara-cara di atas, tapi telefon anda masih lagi terasa sangat perlahan? Mungkin kes yang berlaku di sini adalah berpunca daripada telefon anda yang terlalu rendah spesifikasinya dan sudah sampai masa untuk anda tukar yang baharu.

Namun begitu, tidak semua mampu membeli telefon baharu, mungkin kerana kekurangan bajet atau sebab-sebab tersendiri. Jangan risau kerana masih ada pilihan lain iaitu telefon terpakai yang harganya lebih murah tetapi masih mempunyai teknologi terkini.

Mungkin ada yang takut ditipu ketika membeli telefon terpakai atau risau jika kualitinya adalah sangat teruk dan sebagainya. Oleh itu, kami senaraikan lima tip yang boleh diikuti semasa membeli telefon supaya sentiasa berpuas hati dengan gajet anda.

1. Tahu masa yang sesuai untuk beli

Masa terbaik untuk membeli telefon jenis ini ialah apabila model terbaharu telah keluar, orang yang kerap menaik taraf telefon selalunya akan menjual model lama mereka dengan segera.

Pastikan anda sentiasa ambil tahu bila model baharu akan keluar, perkara ini akan membantu untuk meramal masa orang ramai akan menukar peranti dan bila sesuatu model telefon akan jatuh harga.

Oleh itu, ambil tahu bilakah model baharu akan keluar dan hanya beli model lama selepas model terbaharu telah berada di pasaran.

BACA JUGA: 7 trik pastikan telefon kekal laju seperti baharu

BACA JUGA: Geram bateri telefon cepat ‘kong’? Ini antara antara aplikasi yang ‘kuat makan bateri’

2. Lihat keadaan telefon

Telefon yang diperbaharui (refurbished) secara profesional akan berfungsi dan kelihatan seperti baharu, tetapi bergantung pada grednya, mungkin terdapat beberapa kecacatan luaran. Anda perlu mempertimbangkan berapa banyak kerosakan luaran yang sanggup anda terima.

Penjual telefon refurbished selalunya akan mempunyai sistem penggredan yang jelas bagi menandakan tahap kerosakan luaran.

Gambar hiasan kredit unsplah

Sebagai contoh; gred A bermaksud tiada calar ataupun mempunyai sedikit calar tetapi ia selalunya tidak kelihatan, Gred B pula bermaksud ada beberapa calar yang kelihatan. Manakala Gred C; ada banyak calar dan mungkin ada sedikit kemek.

Lebih banyak calar yang kelihatan, lebih rendah harganya. Jika anda tidak kisah dengan perkara ini, anda boleh mendapatkan sebuah telefon dengan harga yang lebih murah! (Kerana prestasi telefon tetap sama)

3. Berhati-hati dengan tawaran too good to be true

Sememangnya jika anda mencari telefon terpakai di internet, pastinya akan menjumpai banyak tawaran yang menggiurkan di sana.

Walaupun kebanyakan tawaran sangat menggoda, cuba jauhi tawaran yang kelihatan “too good to be true” di mana anda berisiko untuk menjadi mangsa penipuan ataupun telefon yang dibeli adalah lebih teruk daripada apa yang diiklankan.

BACA JUGA: 5 tip pastikan bateri telefon tahan lama

BACA JUGA: Telefon bimbit tidak mencukupi bukan alasan untuk tidak belajar

4. Semak polisi pemulangan dan waranti

Untuk melindungi diri daripada terbeli telefon yang tidak bagus, adalah sangat disarankan anda menyemak jenis polisi pemulangan dan waranti yang ditawarkan.

Ini kerana jika selepas membeli telefon tersebut dan anda tidak berpuas hati dengan prestasinya, anda masih boleh memulangkannya semula, itupun jika penjual ada menawarkan polisi pemulangan.

IKUTI GPSBestari di twitter dan instagram

5. Nilai telefon semasa pembelian

Jika telah menemui telefon yang sesuai dan memutuskan untuk meneruskan pembelian, adalah penting untuk menyemak dengan teliti ketika menerimanya.

Ini akan memberi peluang untuk menilai jika sebarang isu tersembunyi atau kecacatan yang tidak dinyatakan. Jika menemui sebarang masalah, anda hubungi penjual dan cuba buat pemulangan atau penggantian telefon.

Sampai di sini sahaja perkongsian ini, semoga ia membantu.

Sumber: second-handphones.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan