6
6

Nota ringkas Sains tulisan tangan Cikgu Nur Faralina buat pelajar bersemangat nak belajar

Roshlawaty Md Raieh
07 Sep 2021 11:07pm
A
A
A

Baru-baru ini, guru opsyen Sains dan Matematik, Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur, Cikgu Nur Faralina Asrab Ali telah memuat naik perkongsian berkenaan koleksi nota ringkas Sains Tingkatan Satu, Bab Dua, di laman Facebooknya, Nur Fara Asrab.

Posting yang mendapat lebih 400 perkongsian itu telah menerima lebih 200 tanda ‘like’ selain ratusan ulasan oleh pengguna Facebook yang lain.

Ketika dihubungi Sinar Bestari, Cikgu Nur Faralina yang berasal dari Pulau Pinang berkata, nota ringkas itu dihasilkan apabila dia melihat terdapat beberapa masalah dihadapi para pelajarnya.

“Kebanyakan pelajar sukar untuk mengingati semula apa yang telah dipelajari sebelum ini.

“Kerana itu, saya menggunakan kaedah yang saya sendiri gunakan semasa di zaman sekolah dan universiti iaitu dengan menghasilkan nota ringkas yang padat dengan maklumat,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini.

Pada peringkat awal penghasilan nota ringkas tersebut, Cikgu Nur Faralina berkata, semua pelajarnya begitu teruja dengan nota berkenaan.

“Masing-masing seronok dan bersemangat untuk menghasilkan nota sebegitu.

“Bagaimanapun, ada juga yang mempunyai idea kreatif dan mula menulis nota ringkas menggunakan idea masing-masing.

“Sebagai guru, saya tidak menyekat kreativiti mereka sebaliknya membimbing pelajar untuk menghasil nota ringkas sendiri,” jelasnya.

Setakat ini, nota yang telah Cikgu Nur Faralina hasilkan ialah nota untuk pelajar Tingkatan Satu bagi subjek Sains dan Matematik (dua Bahasa), dua bab dari mata pelajaran Sains dan tiga bab bagi subjek Matematik.

“Saya akan terus berkongsi nota ini di laman Telegram (Cikgu Fara Asrab) dan Facebook (Nur Fara Asrab) untuk kegunaan semua pelajar dan guru di Malaysia," katanya.

Terdahulu, koleksi nota ringkas tersebut dihasilkan menggunakan aplikasi Note yang memang sudah tersedia dalam telefon pintar.

“Cuma, beberapa minggu kebelakangan ini, saya sudah mula menghasilkan nota menggunakan Ipad menerusi aplikasi Good Notes.

“Besar harapan saya agar nota ringkas ini dapat membantu pelajar terutamanya mereka yang lemah,” ujarnya lagi.

Hadamkan koleksi nota ringkas Sains Tingkatan Satu, Bab Dua yang Cikgu Nur Faralina kongsikan ini.

Semoga ia dapat membantu pelajar untuk skor dengan cemerlang dalam subjek Sains nanti.

 

 

 

 

 

Artikel berkaitan 

8 teknik mudah menghafal Sejarah cara Cikgu Fir 

Nak jadi peguam tetapi tidak tahu laluan yang betul? Mohon hadam info penting ini

Kemahiran dan kreativiti elemen penting, Ili Sulaiman sifatkan ia diperlukan dalam bidang kulinari 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan