WhatsApp Image 2021-08-21 at 6.25.24 PM
WhatsApp Image 2021-08-21 at 6.25.24 PM

8 teknik mudah menghafal Sejarah cara Cikgu Fir

Roshlawaty Md Raieh
05 Sep 2021 03:46pm
A
A
A

Sesetengah pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana perlu menghafal banyak fakta dan memerlukan masa yang lama untuk mengingati setiap bab.

Penceramah teknik menghafal Sejarah, Cikgu Muhammad Firdaus Kamaruzaman atau Cikgu Fir berkata, subjek Sejarah memerlukan daya ingatan kuat dan pengetahuan am yang sangat luas sekiranya ingin skor mata pelajaran itu.

Justeru, bagi membantu pelajar peroleh markah cemerlang, Cikgu Fir berkongsi lapan teknik mudah menghafal mata pelajaran Sejarah.

1) Menggunakan lagu

Teknik ini akan membuat pelajar rasa terhibur dan semakin seronok untuk belajar dan menghafal fakta. Contohnya, pelajar boleh mendengar beberapa buah lagu yang mereka gemari ketika membaca atau menulis fakta Sejarah. Secara tidak langsung lagu itu telah membantu menghafal fakta.

2) Tukar lirik lagu

Tukar lirik lagu merupakan teknik yang telah lama diguna pakai. Caranya, pelajar menukarkan lirik lagu yang mereka gemari kepada fakta Sejarah. Perkara ini menjadikan anak-anak didik berasa semakin rancak dan seronok dalam mempelajari mata pelajaran ini kerana melalui melodi, lagu tersebut dapat membuatkan pelajar menghafal fakta dengan mudah.

3) Teknik pengulangan fakta

Merupakan teknik asas. Pelajar boleh mengulangi semula fakta dengan menulis berulang kali hingga dapat mengingatinya. Misalnya, apabila menulis fakta sebanyak tiga hingga 10 kali, secara tidak langsung ia dapat membantu pelajar menghafal.

4) Teknik posting

Teknik terkini yang digunakan secara meluas. Pelajar menulis atau merakam video yang berkaitan dengan fakta dan posting ke media sosial. Selain itu, teknik ini dapat membantu pelajar lain belajar subjek Sejarah melalui perkongsian berkenaan. Secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada ramai pelajar.

5) Teknik akronim

Yang paling senang untuk dilakukan dalam membantu penghafalan. Melaluinya, pelajar hanya perlu mengingati huruf hadapan pada setiap ayat fakta. Teknik ini akan menguatkan ingatan terhadap sesuatu fakta.

6) Teknik anggota badan

Teknik ini kedengaran agak aneh kerana menggunakan anggota badan tetapi ia sangat berkesan. Cara ini membantu pelajar menghafal melalui pergerakan anggota badan iaitu dengan membuat isyarat badan. Contoh, apabila fakta itu ‘mencangkul’ atau ‘memancing’ pelajar akan meniru gaya seolah-olah sedang mencangkul atau memancing. Jadi, mereka boleh memahami dan mengingatinya dengan mudah.

7) Teknik media sosial

Pelajar akan mudah memahami dan menghafal menggunakan media sosial seperti YouTube, Facebook, Instagram dan Tik Tok. Laman sosial ini membantu mereka mendapat info tambahan melalui perkongsian video dan gambar sejarah yang dipelajari .

8) Lukis satu gambar

Teknik ini merupakan teknik yang sering kali digunakan oleh guru dan pelajar. Ini kerana ia memudahkan mereka menghafal dengan hanya mengingati satu objek gambar dan mengaitkannya dengan fakta-fakta Sejarah dalam sesuatu subtopik itu.

Artikel berkaitan

9 cara terbaik melajukan Windows 10

Petua anak hebat, cemerlang dan baik budi pekerti, Ustazah Aminah kongsi rahsianya 

Cara mudah menghafal 20 unsur pertama kimia! Gunakan teknik mnemonik yang dikongsikan ini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok