muhammad ikmal
muhammad ikmal

Pelajar cemerlang SPM 2021 terkedu ibu kerja semula untuk biaya pengajian tinggi

Rasyidah Zulkifi
07 Jul 2022 06:09pm
A
A
A

“Saya terkedu apabila mendapat tahu ibu bekerja semula walaupun telah berhenti kerja dua minggu lalu.

“Itu berlaku selepas saya mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

“Ibu dan ayah memang mahu saya menyambung pengajian tinggi,” kata Muhammad Ikmal Mizi Zakaria.

Menurutnya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Abdul Rahman Yaakob, Bota, Perak itu ibunya, Zaliza Alang Adnan, 47, sudah 10 tahun bekerja sebagai pembantu kantin sekolah untuk membantu ayahnya, Mizi Zakaria, 51, yang bekerja sebagai penghantar barang.

Sementara itu, Muhammad Ikmal pula bekerja sambilan di pasar raya kerana dia tidak mahu membebankan kedua ibu bapanya.

Hasil daripada pekerjaan itu, dia menyimpan sebahagian gaji untuk menabung bagi digunakan ketika menyambung pengajian kelak.

“Kedua ibu bapa saya memang meletakkan harapan yang tinggi kepada saya agar menyambung pengajian.

“Kami bukan orang senang, sebab itu saya kumpul wang untuk berbelanja dan membeli keperluan harian.

“Saya simpati terhadap ibu yang bekerja di kantin kerana tahu kerjanya penat dan saya selalu nampak dia lakukan kerja membersih, mengemop lantai dan melayan murid beli makanan,” katanya.

Muhammad Ikmal mengakui pengorbanan ibu bapanya bekerja tanpa lelah menyara dia dan dua abang serta seorang adik mendorongnya mencapai keputusan cemerlang bagi menyambung pengajian di universiti.

Artikel berkaitan

Tip skor A+ Kimia SPM 2020. Cemerlang milik anda!!

Pelajar lepasan SPM 2021 boleh mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar  

Bantu ibu berniaga sewaktu balik sekolah, pelajar ini tetap peroleh keputusan SPM yang membanggakan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan