New Project (1)
New Project (1)

PU Riz tabik peranan guru, akui tugas mereka tidak mudah

Mohd Khairi Mohamad Yusri
29 Nov 2021 03:18pm
A
A
A

Pelakon dan penceramah bebas, PU Haris Ismail menganggap tanggungjawab dan peranan yang digalas oleh seorang guru itu tidak semudah seperti yang dilihat oleh orang ramai.

Menurut Haris, guru yang bertugas lebih daripada 10 tahun adalah guru yang hebat dan memiliki mental yang kental.

“Profession guru dilihat mungkin agak ‘simple’, (iaitu) datang sekolah dan mengajar.

"Ia sebenarnya tidaklah semudah itu, mereka juga perlu melakukan kerja perkeranian, penyediaan bahan peperiksaan, ujian lisan, jaga kantin dan pintu masuk sekolah, ambil suhu pelajar, dan bermacam macam lagi.

“Bukan mudah untuk menjadi pendidik dan jasa mereka terlalu tinggi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instragram miliknya, dua hari lalu.

Suami kepada selebriti Neelofa ini juga turut berterima kasih kepada semua guru di dunia ini terutama individu yang pernah mendidik dirinya.

"Sekarang dah mengorak langkah dalam dunia pendidikan sebenar memang lebih merasai pengorbanan guru-guru.

“Jadi apa yang saya nak sampaikan pada hari ini, pelajar (kena) hormat guru (supaya) guru sayangkan pelajar,” katanya.

 

Tidak cukup dengan itu, bekas peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 ini juga mengingatkan para guru supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Guru sesama guru juga perlu menghormati antara satu sama lain, sebab ini kerja mulia (jadi) hati kena bersih dan jiwa mesti kuat,” katanya.

Untuk rekod, PU Riz sebelum ini telah memulakan tugas sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Petaling.

Artikel berkaitan 

Tersenarai antara 50 calon seluruh dunia, Alesyah buat rakyat Malaysia gembira dan bangga!

4 penyelidik bangunkan Modul STEM Covid-19, bantu guru laksana PdP di sekolah

10 tip mudah untuk cipta animasi dan aplikasi animasi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan