WhatsApp Image 2022-02-15 at 10.14.54 PM
WhatsApp Image 2022-02-15 at 10.14.54 PM

Rezeki terpilih jadi cikgu, Azhari bersemangat nak mula mengajar

Rasyidah Zulkifi
16 Feb 2022 02:53pm
A
A
A

Pada 25 Julai ini, calon guru bagi pengambilan khas secara 'one-off' akan mula melapor diri di sekolah masing-masing.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr  Mohd Radzi Md Jidin, hari ini.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.

Muhammad Azhari Ijahar, 26, tidak terkecuali telah menjadi guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman.

Menurutnya, dalam tempoh masa singkat sahaja dia sudah mendapat lantikan sebagai guru ‘one-off’.

Azhari ketika membuat lawatan di SK Batang Kali.

“Saya rasa tak percaya sebab baru sahaja habis belajar bulan Oktober lepas dan pada November dapat panggilan temu duga.

“Kemudian, apabila semak keputusan pada bulan Disember lalu, saya dimaklumkan akan mendapat penempatan sebagai guru pada 1 Mac 2022,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Anak kelahiran negeri Selangor itu sememangnya berkobar-kobar ingin memulakan tugasan memandangkan beliau mendapat penempatan di negeri yang sama.

“Pada mulanya saya jangka akan ditempatkan di sekolah negeri Sabah atau Sarawak, sebab saya lelaki yang masih bujang, tapi apabila keputusan keluar, saya dapat penempatan di Selangor.

“Saya tak sangka dapat rezeki sekolah yang dekat dengan rumah.

“Jarak antara rumah dan sekolah makan masa 30 minit sahaja,” ujarnya.

Katanya, ibu bapa adalah orang yang paling gembira selepas beliau berjaya diterima bekerja sebagai penjawat awam.

“Mereka seronok sebab saya dapat berkhidmat sebagai guru kerajaan.

“Lagi satu mereka gembira sebab saya dapat penempatan yang dekat dengan rumah,” katanya.

Difahamkan, Azhari akan mengajar subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah barunya nanti.

“Saya dapat opsyen Seni Visual tapi tak semestinya saya akan mengajar subjek seni sahaja.

“Apa pun saya bergantung kepada keputusan pihak sekolah.

“Kalau pihak sekolah mahu saya ajar subjek Matematik, jadi saya kena ajarlah,” katanya.

Beliau berkata kekosongan bagi opsyen tersebut tidak tertakluk kepada pengkhususan yang sama ketika belajar di universiti.

Demikian, bekas guru pelatih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong itu juga mengakui tidak pernah berputus asa sepanjang menunggu keputusan panggilan sebagai guru ‘one-off’.

Artikel berkaitan

"Mak, doakan Pika jadi guru" - Graduan UPSI luah kegembiraan, jadi pendidik di bawah pengambilan guru secara one-off

Peringatan! Mohon guru-guru hadam 10 petua penting ini sebelum berpindah ke sekolah baharu tahun depan

Ayat "tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan" bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan