c04fd318-c688-4806-9ae0-b012fad8554c_169 (1)
c04fd318-c688-4806-9ae0-b012fad8554c_169 (1)

Sambutan hari guru bertukar tragedi, pelajar serang sekolah

Mohd Khairi Mohamad Yusri
26 Nov 2021 04:21pm
A
A
A

Pada pagi itu, hari di sebuah sekolah di Kota Makassar, Sulawesi Selatan kelihatan seperti biasa sahaja. Para guru sedang sibuk mengajar di kelas manakala pelajar pula kelihatan tekun menelaah pelajaran.

Tiada seorang pun warga di sekolah berkenaan yang menyangka keterujaan menghadiri sesi persekolahan pada 25 November 2021 bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan Indonesia itu akan bertukar tragedi.

BACA JUGA: Windows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia

BACA JUGA: 152 pelajar keracunan makanan, kantin sekolah diarah tutup

Semuanya bermula apabila terdapat sekumpulan pelajar datang menyerang sekolah tersebut.

Pengawal keselamatan sekolah, Jenius, 64, berkata, kumpulan pelajar yang menunggang motosikal itu tiba-tiba memasuki kawasan sekolah dan menjerit seperti mencari seseorang.

"Saya ketika itu sedang bertugas, tiba-tiba sahaja ramai pelajar yang menunggang motor tiba di depan sekolah," katanya.

Mendengar bunyi motosikal itu, Jenius ketika itu merasa tergamam kaku sehingga tidak dapat berbuat apa-apa ketika kumpulan pelajar itu menceroboh kawasan sekolah dan memasuki kelas pelajar.

BACA JUGA: Hati-hati serangan ‘Zoom Raider’, ini cara mudah guru boleh lakukan

BACA JUGA: Tak mahu jumpa doktor gigi! Ini cara mudah menangani rasa takut dalam kalangan murid

"Mereka memecahkan tingkap pos keselamatan dan tingkap kelas dengan batu. Selepas itu mereka melarikan diri," ujarnya.

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polrestabes Makassar, AKP Lando KS, para pelajar dan guru masih merasa trauma dengan kejadian tersebut.

“Ketika kejadian, terdapat ramai pelajar di dalam kelas. Seorang guru juga telah diugut.

"Dua tingkap pos pengawal keselamatan dan tiga tingkap di bilik darjah telah dipecahkan,” ujar Lando.

Tambah Lando lagi, pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan dan telah mendapatkan beberapa bahan bukti yang disyaki milik pelaku.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku dan motif mereka,” katanya.

Sumber: CNN Indonesia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan