no image

'Saya bimbang anak murid akan ketinggalan' - Guru luar bandar kongsi pengalaman sukar dilupakan

Adlan Farhan Azwan
30 Dec 2020 03:09am
A
A
A

“Jangan jadi guru biasa, jadilah guru yang mempunyai jiwa”

Inilah mutiara kata yang menjadi pembakar semangat Cikgu Ahmad Aiman Nordin sepanjang bergelar pendidik.

Katanya kepada Sinar Bestari, setiap kali dirinya berdepan cabaran, sudah pasti kata-kata motivasi itu akan menjadi ingatan.

“Cabaran sebagai pendidik sangat banyak. Apatah lagi pada masa kini…guru-guru perlu mengajar secara online dan kadang kala, sangat rindu untuk bertemu dengan anak-anak murid,” katanya yang merupakan Guru bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya, Pekan, Pahang.

Menurut Cikgu Ahmad Aiman, belajar online mungkin tidak menimbulkan masalah bagi keluarga murid yang bekemampuan.

“Bagi yang tidak berkemampuan menyediakan keperluan pembelajaran…memang menyedihkan. Saya bimbang, anak-anak murid akan ketinggalan,” ujarnya.

Untuk memastikan murid-muridnya tetap menerima ilmu, guru yang kini telah berkhidmat selama 10 tahun itu, sanggup turun ke lapangan, semata-mata mahu menghantar kerja sekolah pada mereka.

“Sebanyak 65 buah rumah murid Tahun Lima dan Tahun Enam telah saya kunjungi untuk menyerahkan Modul Bahasa Melayu.

“Hampir empat jam juga masih yang diambil untuk pembahagian modul kepada anak-anak didik. Walaupun lama, tapi saya seronok. Sekurang-kurangnya, dapatlah saya melepaskan rindu pada mereka,” katanya yang telah menyerahkan modul kepada murid yang tinggal di Kampung Permatang Durian, Kampung Badong, Kampung Serun, Kampung Chekeroh dan Kampung Permatang Tepung, baru-baru ini.

Selain memberikan kerja sekolah, Cikgu Ahmad Aiman juga turut menyelitkan sedikit nasihat dan kata-kata semangat pada mereka.

“Saya nak mereka tahu bahawa saya sentiasa ada dan cakna pada murid-murid,” akhirinya.

Sumber: Facebook Ahmad Aiman Nordin (Ahmad Aiman Nordin)

Artikel menarik

Transformasi zon sekolah, usaha ke arah meningkatkan kebolehlihatan pejalan kaki dan keselamatan jalan raya

Guru cekal berdepan rintangan didik anak murid pedalaman

Pembukaan semula persekolahan cermin keprihatinan kerajaan terhadap pelajar luar bandar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan