New Project (1)
New Project (1)

Jom belajar sejarah Jalur Gemilang

Mohd Khairi Mohamad Yusri
24 Aug 2021 01:16pm
A
A
A

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kerana pada tarikh inilah negara kita diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah negara yang merdeka, iaitu bebas daripada penjajah.

Justeru, setiap tahun pada tarikh ini, kita wajib meraikannya dengan penuh rasa kesyukuran.

Di mana-mana sahaja, laungan “Merdeka!” pasti didengari, serta kibaran bendera Jalur Gemilang yang boleh dilihat di pelbagai sudut di dalam negara kita. Sangat Meriah!

Namun apakah adik-adik mengetahui akan sejarah bendera negara kita? Jika tidak tahu atau ingat-ingat lupa, jom ikuti sejarahnya, boleh tingkatkan sekali semangat patriotisme.

kenali jalur gemilang kenali jalur gemilang

Melalui pertandingan

Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948. Pada ketika itu, seramai 373 karyawan mengambil bahagian.

Pertandingan ini adalah bagi menggantikan bendera Malayan Union.

Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk terpilih ke peringkat akhir. Setelah diadili, bendera ciptaan Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang.

Mengalami beberapa fasa perubahan

Tahukah anda bahawa reka bentuk bendera negara kita telah melalui beberapa pindaan iaitu warna asal bulan sabit dan bintang adalah putih, namun ia digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk asal bendera ini telah mendapat perkenan daripada Raja British pada ketika itu iaitu King George VI pada 19 Mei 1950.

Jadi bendera ini telah berkibar buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor, ketika itu ianya dikenali sebagai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Majlis tersebut telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.

Bendera Malaysia dikibarkan buat kali pertama

Sejarah tercipta, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikan dan berkibar secara rasmi 7 tahun kemudian pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku. Tarikh ini juga merupakan kali pertama lagu Negaraku diperdengarkan kepada umum.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Jalur Gemilang

Pada malam 31 Ogos 1997 bersempena dengan sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.

Semoga bermanfaat buat adik-adik.

Baca juga: Negara negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahu

Baca juga: Antara cadangan pertandingan dan aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Cikgu-cikgu boleh cuba buat!

Diambil dan diolah daripada portal Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan