Senarai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Senarai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

Senarai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
23 Nov 2022 02:50pm

Negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong menjalankan pemerintahan kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Ketua Utama Negara, bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong merangkumi perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong menerusi sumber rujukan Buku Teks Sejarah Tahun 5 untuk pengetahuan kita bersama.

Ini senarainya!

1) Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan.

2) Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia.

3) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

4) Memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain sebagai warganegara Malaysia.

5) Merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

6) Memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen.

7) Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen.

8) Yang di-Pertuan Agong mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat.

Berdasarkan bidang kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

INFO

  • Rang Undang-Undang disediakan oleh menteri dan dibahaskan di Parlimen. Setelah diluluskan, Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenan dan menurunkan Mohor Besar Persekutuan.
  • Memperkenankan membawa maksud izin atau persetujuan yang diberikan oleh raja atau sesuatu pihak supaya arahan atau penguatkuasaan sesuatu undang-undang dapat dilaksanakan.

Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 5

Artikel berkaitan 

Kenali 9 Perdana Menteri Malaysia

Senarai penuh Menteri Pendidikan Malaysia, jom kenali mereka!

Antara pelajar genius Malaysia yang buat ramai kagum. Tahniah!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan