maxim-ilyahov-0aRycsfH57A-unsplash
maxim-ilyahov-0aRycsfH57A-unsplash

Serabut lihat peti e-mel yang penuh? Ikuti cara ini untuk memadam secara serentak

Mohd Khairi Mohamad Yusri
30 Aug 2021 11:08am
A
A
A

Cikgu-cikgu mesti pernah berdepan situasi apabila buka e-mel untuk cari latihan yang dihantar oleh murid-murid, tapi susah betul nak jumpa.

Maklumlah, banyak sangat e-mel tidak berguna yang masuk ke dalam peti mel, sampai tenggelam semua latihan yang dihantar oleh anak murid. Semua e-mel tersebut selalunya adalah e-mel promosi yang mungkin tidak akan dibuka pun.

Nak padam pula leceh, takut ambil terlampau banyak masa. Tapi jangan risau, hari ini GPSBestari akan menunjukkan cara padam semua e-mel tersebut secara serentak.

1. Cara padam semua e-mel yang sudah atau belum dibaca di Gmail

Sebenarnya anda boleh memilih e-mel jenis apa yang mahu dipadam, iaitu e-mel yang sudah dibaca atau belum dibaca. Untuk melakukannya, pastikan buka Gmail anda melalui komputer.

-Log masuk ke akaun Gmail

-Pergi ke bar carian di bahagian atas, kemudian taip label: read untuk lihat semua e-mel yang sudah dibaca, atau label: unread untuk e-mel yang belum di baca.

-Seterusnya, pada kotak kecil di atas kiri, pilih all untuk padam semua e-mel itu.

-Kemudian tekan select all conversations that match this search untuk padam semua e-mel termasuk di halaman lain

-Akhir sekali tekan ikon tong sampah

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

2. Cara padam e-mel promosi yang ada di Gmail

E-mel jenis ini selalunya dihantar oleh syarikat kepada para pengguna, tujuannya tak lain selain untuk menjual produk. Namun, e-mel tidak akan masuk ke tab utama tetapi secara automatik akan masuk ke tab promotions. Untuk memadam semua e-mel tersebut, ikuti langkah di bawah:

Log masuk ke akaun Gmail kemudian tekan tab Promotions pada bahagian atas, bersebelahan dengan tab Social

Kemudian, pilih all pada kotak kecil sebelah simbol refresh.

-Untuk memadam semua e-mel dalam kategori ini termasuk di halaman lain, klik Select all conversations in Promotions.

-Seterusnya, tekan ikon tong sampah. Selesai.

3. Silap padam? Masih ada di Trash

“Alamak, aku terpadam sekali e-mel yang penting la!”

Kadang-kadang pasti perkara tersebut berlaku, tapi jangan risau kerana semua e-mel tersebut akan dipindahkan ke Trash terlebih dahulu. Hanya perlu pergi ke menu Trash yang terletak di sebelah kiri, kemudian anda boleh selamatkan ia semula.

Namun, perlu dingatkan bahawa semua e-mel yang ada di situ untuk 30 hari sahaja, sebelum ia dihapuskan secara kekal.

Baca juga: Negara negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahu

Baca juga: Antara cadangan pertandingan dan aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Cikgu-cikgu boleh cuba buat!

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu menguruskan e-mel dengan lebih efisien. Selepas ini, anda boleh sudah padam semua e-mel yang anda tidak perlukan lagi secara sekali gus, tanpa memakan masa yang lama.

Sumber: SoyaCincau

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan