HomeKomunitiSertai MILO® All Star Challenge! Berpeluang untuk berlatih bersama FAM

Artikel Berkaitan

Sertai MILO® All Star Challenge! Berpeluang untuk berlatih bersama FAM

Pernahkah adik-adik terbayang satu hari nanti akan menyarung jersi Harimau Malaya, menjaringkan gol kemenangan menentang Itali di perlawanan akhir Piala Dunia.

Fuh… memang nampak macam cita-cita ini terlalu tinggi bukan? Tetapi semuanya tidak mustahil dengan kerja keras dan bakat yang sudah dicungkil sejak dari sekolah lagi. Malaysia pasti boleh.

Baru-baru ini, MILO menganjurkan peraduan MILO® All Star Challenge untuk mencungkil bakat baharu bagi mencari generasi pelapis bola sepak tanah air. Bukan itu sahaja, para peserta juga berpeluang untuk menjalani program latihan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Milo dalam satu kenyataan berkata, peraduan yang diadakan ini seiring dengan usaha berterusan MILO® untuk menyediakan platform sukan yang mudah diakses kepada anak-anak muda di Malaysia bagi membudayakan gaya hidup bersukan.

“Sebagai peneraju pembangunan sukan akar umbi, kami teruja menjalinkan kerjasama dengan FAM untuk membawakan MILO® All Star Challenge bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi juara masa hadapan negara menerusi sukan.

“Kami berharap program ini dapat menonjolkan lebih ramai lagi bakat-bakat bola sepak baharu, seperti mana tradisi yang telah kami pelopori menerusi karnival futsal popular kami iaitu MILO® Hidup Bola yang telah berjaya melahirkan ramai pemain bola sepak kebangsaan,” ujar Eksekutif Perniagaan Pegawai, Unit Perniagaan MILO, Ng Su Yen.

Untuk menyertai peraduan, para peserta perlu mencabar diri dengan menunjukkan skil bola sepak terhebat mereka. Setiap penyertaan mesti terdiri daripada gabungan tiga Skil Mandatori (Menimbang, Menggelecek dan Menyepak) di mana setiap satunya harus disertakan satu Skil Penamat pilihan mereka (Hantaran Bola, Merentasi Halangan atau Menjaringkan Gol).

Penyertaan mestilah dalam format video berdurasi tidak melebihi 60 saat yang dimuat naik ke akaun Instagram tulen, ditetapkan pada tatapan umum dengan tag @milo_malaysia dan #MiloAllStar.

Penyertaan terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat Grand Finale (yang dijadualkan pada Oktober ini) di mana lapan peserta teratas akan memenangi MILO®xFAM Ultimate Experience yang eksklusif.

Mereka akan menjalani latihan boot camp bola sepak di kemudahan latihan FAM yang lengkap dengan akses penuh ke bilik persalinan pemain dan sesi latihan bersama bintang-bintang FAM di bawah bimbingan jurulatih persatuan itu.

Baca juga: Ajar anak membaca sejak dari kecil, ibu bapa mesti ambil tahu 8 tip ini

Baca juga: Panik semasa temu duga dalam talian? Dr Zulkifli kongsi tip penting yang boleh dipraktikkan

Selain mendapat MILO®xFAM Ultimate Experience, pemenang hadiah utama juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, Playstation 5, trofi dan e-baucar bernilai RM100.

Pemenang kedua pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, satu set konsol permainan, trofi serta e-baucar bernilai RM100 manakala pemenang ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000, trofi dan e-baucar bernilai RM100.

Pencarian juara MILO® All Star Challenge di seluruh negara sudah bermula pada 19 Julai lalu dan bakal berakhir pada 15 September 2021 ini.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah dalam dua kategori iaitu Kategori Bawah 16 (umur 7 – 16 tahun) dan Kategori Terbuka (umur 17 tahun ke atas).

Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa sebelum menghantar penyertaan mereka dan untuk mendaftar, mereka hanya perlu melayari laman web MILO®.

Artikel Terkini