WhatsApp Image 2022-03-22 at 4.28.32 PM
WhatsApp Image 2022-03-22 at 4.28.32 PM

Sesi persekolahan 2022/2023: Gelagat ibu bapa tunggu anak curi perhatian warganet

Adlan Farhan Azwan
22 Mar 2022 04:31pm
A
A
A

Hari pertama persekolahan bagi murid Tahun Satu merupakan detik yang bersejarah bukan saja kepada empunya badan tetapi juga kepada ibu bapa sehingga pelbagia detik indah dikongsikan menerusi laman media sosial.

Bukan sahaja murid yang mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan, gelagat ibu bapa ketika menjemput anak pulang dari sekolah juga turut mengundang perhatian.

Satu ciapan di Twitter tular dengan lebih 4,000 tweet semula dan hampir 8,000 tanda suka apabila sekumpulan ibu bapa yang menunggu anak-anak pulang daripada sekolah dilihat seakan-akan mengadakan demonstrasi jalanan.

Baca juga

(VIDEO) Hasrat arwah hadiri konvokesyen tidak kesampaian, adik mangsa nahas motosikal pujuk ibu bapa jadi wakil

Optimus Prime, Spiderman warnai pembukaan sekolah sesi 2022/2023

[embed]?s=20&t=znyHqNAp36r4EYgNdlO2mw[/embed]

Terdapat juga beberapa ibu bapa memegang kertas putih yang ditulis dengan nama serta kelas anak masing-masing bagi memudahkan mereka mencari ibu bapanya setelah tamat waktu persekolahan.

Selain itu, situasi tersebut juga telah disamakan dengan suasana menunggu di pintu ketibaan yang kebiasaannya berlaku di lapangan terbang.

Difahamkan, sekumpulan ibu bapa bertindak sedemikian kerana sukar untuk mengecam anak masing-masing apabila memakai pelitup muka yang telah diwajibkan oleh pihak sekolah sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, ramai juga pengguna laman Twitter yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika menjemput anak-anak pada hari pertama persekolahan.

@fuadd_mf: Wehhh betul, aku jemput anak buah aku sampai tidak kenal yang mana satu sebab semua pakai pelitup muka. Kadangkala sampai setengah jam tunggu. Aku cari beg sahaja sebab berwarna merah jambu.

@luxentX: Sekolah anak aku ada pandu lalu. Ibu bapa yang datang perlu pegang papan tanda di atas kereta semasa memandu ke pagar tepi. Cikgu akan panggil sekiranya kereta sudah sampai depan pintu pagar dan anak sudah bersedia untuk menaiki kereta.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan