YINSON-SINARBESTARI-2022 (1)
YINSON-SINARBESTARI-2022 (1)

SMK Seksyen 19 Shah Alam terima 10 komputer riba, 2 mesin pencetak

nadzarul.amir
25 Nov 2022 01:43pm
A
A
A

Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) dengan Yinson Holdings Berhad memperkenalkan program Tutor Teach For Malaysia untuk membantu sekolah-sekolah dan para pelajar yang terkesan akibat banjir serta pandemik Covid-19.

Melalui inisiatif berkenaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam, Selangor, merupakan antara sekolah terjejas teruk akibat banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lalu dan terpilih untuk program tersebut.

Yinson Holdings Berhad, salah satu penaja program YTFM, menyampaikan sumbangan sebanyak 10 komputer riba dan dua mesin pencetak untuk kegunaan para pelajar serta sekolah tersebut.

Sekolah yang menempatkan seramai 2,576 pelajar dan 183 guru itu merupakan sebuah sekolah reputasi cemerlang serta berpotensi dalam melahirkan modal insan dalam bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk negara.

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Yinson Holdings Berhad, Chai Jia Jun berkata, Yinson sangat aktif dalam pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang membawa sinar harapan kepada komuniti memerlukan di negara ini.

“Banjir yang melanda baru-baru ini telah membawa kemusnahan sehingga memberi impak kepada masyarakat setempat.

“Justeru, kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama bersama YTFM memberi sumbangan kepada SMK Seksyen 19 sebagai salah satu inisiatif bantuan banjir kami,” katanya.

Beliau telah menyampaikan komputer riba serta dua mesin pencetak kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seksyen 19 Shah Alam, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Seksyen 19 Shah Alam, Hashim Anang.

Hadir sama, Pengurus Kanan Pembangunan YTFM, Fam Li Ying; Pegawai Kanan, Komunikasi Korporat Yinson, George Lee; Pegawai Kanan, Kelestarian Korporat Yinson, Louis Tan dan Pegawai Kanan Mobilisasi Komuniti YTFM, Rabiatul Kamsina Md Yusof.

Li Ying berkata, kerjasama yang terjalin antara pihak swasta dan sekolah adalah untuk meringankan beban para pelajar serta sekolah akibat bencana banjir pada tahun lalu.

“Selain itu, program Tutor Teach For Malaysia juga bertujuan membantu para pelajar terkesan dengan penutupan sekolah disebabkan pandemik Covid-19.

“YTFM mempunyai misi agar semua para pelajar di Malaysia boleh merealisasikan potensi mereka melalui pendidikan berkualiti.

“Bahkan, YTFM telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mencapai sekolah-sekolah awam berkeperluan tinggi melalui pelbagai program terutamanya program utama kami, Teach For Malaysia Fellowship Programme,” katanya.

Sementara itu, Tuan Saripah Nor Riha sangat berbesar hati kerana ada pihak korporat yang tampil menghulurkan bantuan kepada pihak sekolah dan para pelajar terutama ketika banjir melanda sekolah.

“Pemberian tersebut dapat meringankan beban para pelajar B40 terutama mereka yang mengikuti Sains Komputer untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Artikel berkaitan

Penglibatan aktif Cikgu Nyuk Fung dalam KRS, satu kebanggaan buat SMK Kubong

Sukarelawan UTHM sertai misi bantuan banjir di Baling, Kedah

UMK teruskan misi bantuan banjir ke Terengganu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan