HomeKomunitiSri Desa International Secondary School sambut bulan kemerdekaan secara maya

Artikel Berkaitan

Sri Desa International Secondary School sambut bulan kemerdekaan secara maya

SHAH ALAM – Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-64 pada tahun ini, Sri Desa International Secondary School telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah secara maya baru-baru ini.

Penganjuran tersebut bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan menghargai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dalam kalangan pelajar sekolah.

Pengetuanya, Janice Saw berkata, sambutan ini direalisasikan dengan usaha dan kreativiti guru-guru dan para pelajar sekolah yang diketuai oleh Kelab Sosial Media sekolah.

Janice Saw, pengetua sekolah memberikan ucapan semasa majlis sambutan Hari Kemerdekaan sekolah

“Saya sangat gembira melihat kesungguhan para pelajar dan guru-guru sekolah untuk merealisasikan sambutan Hari Kemerdekaan negara walaupun secara maya.

Baca juga: Tiada sumbangan, enam pusat tahfiz di Pasir Puteh berdepan risiko ditutup

Baca juga:Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT

“Semangat dan jiwa kemerdekaan ini perlulah ditanam dalam jiwa pelajar untuk melahirkan generasi pewaris bersemangat jiwa merdeka dan menjadi pelapis yang mampu mengisi ruang kemerdekaan untuk masa depan negara,” katanya.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan tersebut seperti pertunjukan video masakan tradisional oleh pelajar, tayangan video berkaitan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan, bacaan puisi dan juga kuiz kemerdekaan.

Pengerusi Kelab Sosial Media Sekolah, Bu Yiu Zhen pula berkata, setiap tahun dia begitu teruja untuk meraikan hari kemerdekaan di sekolah.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Pelbagai aktiviti melibatkan pelajar yang dijalankan sepanjang sambutan membuatkan saya begitu teruja setiap kali meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah kerana kami diberi peluang untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing.

“Selain itu, sambutan Hari Kemerdekaan juga dapat membuat kita sedar dan menghargai pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban untuk memerdekakan negara kita,” ujarnya.

Sebahagian pelajar dan guru yang hadir dalam sambutan Hari Merdeka sekolah

Sambutan ini dihadiri oleh semua pelajar dan para guru menerusi aplikasi Zoom dan juga di laman Facebook sekolah.

 

Penulis: Rahmawati Nurdin

Artikel Terkini