A3D33072-54FD-4120-8C0E-E1613E4BCB97
A3D33072-54FD-4120-8C0E-E1613E4BCB97

Syukur dapat jadi cikgu, ini 7 tip mengajar buat guru baru perkongsian Cikgu Syeri

Rasyidah Zulkifi
09 Feb 2022 05:55pm
A
A
A

Pengambilan seramai 18,000 cikgu secara 'one-off' oleh Kementerian Pelajaran (KPM) membuka peluang kepada graduan pendidikan untuk berkhidmat sebagai guru baru di sekolah-sekolah kerajaan.

Keputusan tersebut mendapat sambutan daripada mereka yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi guru sekolah.

Justeru, graduan yang akan menjadi cikgu perlu mempelajari beberapa tip asas mengajar di dalam kelas.

Baca juga “Kita tidak boleh mengajar tanpa panduan” – Guru kongsi penggunaan dokumen DSKP, RPT bagi proses PdP

Baca juga Guru muda wajib tahu, panduan asas dalam pengurusan kewangan

Berikut merupakan perkongsian daripada Cikgu Syeri kepada bakal guru sebelum memulakan tugas di sekolah.

**

Saya juga merupakan seorang guru praktikal dan guru muda 15 tahun lepas sebelum menjadi guru berpengalaman.

Tujuh tip mengajar untuk cikgu baru adalah sebahagian daripada rutin yang dilakukan oleh guru pelbagai peringkat di kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia dan serata dunia.

Anda tidak perlu risau jika tidak mahir atau mendapat markah rendah sewaktu ‘microteaching’ kerana kita, anak murid dan pemeriksa adalah manusia biasa.

Apa yang elok untuk kita tak selalunya elok untuk orang lain, tetapi itu tidak bermakna kita patut berputus asa. Apa yang baik untuk kumpulan murid, mungkin tak sesuai untuk satu kumpulan murid lain.

Jadi ini tip yang boleh dipraktikkan.

#1 Lesson plan

Saya pernah menerima WhatsApp daripada rakan sejawat yang berharap siapa pun yang bakal menerajui KPM supaya memansuhkan kewujudan ‘lesson plan’ (rancangan pengajaran).

Para guru sekalian, bukanlah guru kalau kita tak suka buat ‘lesson plan’ kerana rancangan tersebut adalah seperti perasa dalam bungkusan Maggi kita. Jika serbuk perasa itu tiada, apalah gunanya beli mi segera tersebut, bukan?

‘Lesson plan’ sepatutnya menjadi waktu atau perantara untuk guru-guru membuat gambaran dalam menyediakan bahan pengajaran. Tidak perlulah terlalu penuh dengan objektif dan ABM (alat bantuan mengajar) jika sekadar cantik dan memenuhi kehendak pengetua tetapi akhirnya murid-murid kita masih ditakuk lama kerana mereka masih tidak merasa impak pengajaran kita yang menjadikannya semua sia-sia. Jadi, pastikan ‘lesson plan’ datang datang daripada hati anda ke hati murid-murid anda, bukan untuk hati orang lain.

#2 Nota ringkas

Bila baru-baru mengajar, nota ringkas memang membantu. Kalau kita dapat subjek lain daripada pengkhususan kita pun, nota ringkaslah menjadi penyelamat. Jadi, pada peringkat awal anda tak perlu berasa takut membawa nota tersebut dan juga tak perlu sentiasa memegangnya semasa mengajar.

Letakkan pada meja guru dan tengok apabila perlu. Tidak mengapa jika terlupa, boleh rujuk kembali sebab kita semua manusia. Kita bertindak sewajarnya.

#3 Amalkan

Sebelum hendak ke kelas, anda boleh berbincang dahulu dengan rakan sekerja atau betul-betul berlatih di hadapan cermin.

Memang kita akan gelakkan diri sendiri, tapi tidak mengapa sebab lebih baik ditertawakan diri sendiri daripada ditertawakan anak murid. Zaman sekarang ini sudah ada kamera pada telefon, mudahlah untuk rakam dan semak diri sendiri.

#4 Rajin bertanya

Tip keempat ialah rajin bertanya. Tanyalah kepada guru-guru berpengalaman di sekitar tempat kita duduk di bilik guru. Anda tak perlu risau jika mereka bukan orang yang mengajar subjek yang sama dengan kita. Apa yang penting, pedagogi pendidikan tetap sama merentasi segala subjek. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk bertanya.

#5 Set induction

Bagi saya, ‘set induction’ adalah penyelamat keadaan kerana ia umpama penenang keadaan untuk sesebuah kelas. Ambil masa untuk anda menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas.

Perhatikan semua muka anak-anak murid terlebih dahulu sebagai langkah permulaan supaya nanti anak murid tak kata kita tak buat ‘eye contact’ dengan mereka.

#6 Bantu

Kalau kita masih banyak yang perlu diperbaiki dari sudut pengajaran, cikgu baru boleh menyediakan sesuatu yang boleh dibincang bersama murid-murid ketika waktu kelas.

Maksudnya, anak-anak murid melakukan lebih banyak proses pembelajaran manakala kita hanya membantu menyumbang idea dan tunjuk ajar kepada mereka hanya apabila diperlukan sahaja.

#7 Ulang kembali

Tip akhir dari tajuk hari ini, iaitu tujuh tip mengajar untuk cikgu baru ialah mengulang kembali sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari itu.

Ikuti juga kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarbestarimy

Instagramhttps://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy

Youtube: https://www.youtube.com/c/SinarBestariMy/

Teknik mengulang kembali juga membantu anda untuk mengingati semula objektif pengajaran anda pada hari berkenaan sama ada telah dicapai atau belum dapat dicapai.

Kepada guru-guru yang baru menyertai dunia pendidikan ini, saya mengucapkan selamat datang ke dunia yang penuh kasih sayang. Tiada pekerjaan yang paling banyak diucapkan terima kasih melainkan jawatan ini.

Nasihat akhir saya, jagalah akhlak dan pemakaian kita di hadapan murid-murid kerana mereka mencontohi apa yang dilihat. Kadang kala kita tidak menyedari mereka menyukai kita tetapi itulah hakikatnya.

Sumber: Blog Teacher Syeri

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan