Teknik ikatan tali leher cara mudah, Cikgu Ali kongsi menerusi bengkel peringkat sekolah
Teknik ikatan tali leher cara mudah, Cikgu Ali kongsi menerusi bengkel peringkat sekolah

Teknik ikatan tali leher cara mudah, Cikgu Ali kongsi menerusi program peringkat sekolah

Roshlawaty Md Raieh
26 Aug 2022 03:54pm
A
A
A

Dalam memastikan para pelajar sentiasa kelihatan kemas dan rapi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Jerlun (AJER), Kedah menganjurkan program Jom Ikat Tali Leher peringkat sekolah, baru-baru ini.

Program anjuran Sektor Disiplin Pengawas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), AJER itu bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pengawas dan pelajar mengenai cara mengikat tali leher dengan betul dan kemas.

Guru Penasihat MPP AJER, Cikgu Muhammad Ali Zulkifli berkata, program tersebut adalah salah satu program ‘low cost, high impact’ yang sangat penting untuk para pelajar.

Cikgu Ali

Ini kerana katanya, pelajar-pelajar yang berpakaian kemas dan betul akan membentuk jati diri masing-masing.

Cikgu Ali berkata, mengikat tali leher bukanlah semudah yang disangkakan. Ada beberapa cara yang perlu dilakukan pelajar ketika mereka mahu mengikat tali leher tersebut.

“Ketika aktiviti berlangsung terdapat pelbagai soalan yang dikemukakan pelajar mengenai cara mengikat atau memakai tali leher.

“Tidak kurang juga ada yang bertanyakan jenis ikatan tali leher lain yang boleh dijadikan rujukan apabila mereka berada di alam pekerjaan kelak.

“Soalan demi soalan dan keterujaan ditunjukkan para pelajar yang terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Tiga ini jelas menunjukkan program kali ini mendapat sambutan cukup baik dalam kalangan mereka,” katanya selaku tenaga pengajar bengkel dengan dibantu barisan pelajar MPP sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang AJER, Ustaz Zaini Hasbollah memuji Jom Ikat Tali Leher itu yang dilihat sebagai penganjuran yang sangat cemerlang dan memberi manfaat kepada pelajar.

“Satu program yang sangat bagus. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu AJER untuk terus berkembang dan mencapai visi dan misi sekolah,” ujarnya.

Ustaz Zaini

Ketua Sektor Disiplin, MPP AJER, Muhammad Furqan Mohd Khairul Nuzul juga tidak terkecuali memberi pandangan mengenai bengkel itu.

“Penganjuran program ini telah menjadi medium kepada pelajar dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Muhammad Furqan

Artikel berkaitan

Tidak sangka menang anugerah kerana belajar sambil bekerja, graduan UUM rangkul MICPA Gold Medal Award 

Penyelidik UUM berjaya komersialkan produk aplikasi penghantaran

UUM terima zakat RM10,000, bantu tingkatkan pendidikan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan