uum3
uum3

UUM terima zakat RM10,000, bantu tingkatkan pendidikan

Norliza Wasilan
26 Aug 2022 10:34am
A
A
A

Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima zakat RM10,000 dari RHB Bank untuk tujuan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) itu, baru-baru ini.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah , sumbangan zakat itu cukup bermakna demi manfaat warga universiti itu.

“UUM akan menggunakan RM10,000 sumbangan RHB Bank yang diterima ini bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan,” katanya sempena kunjungan Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali bersama delegasi ke UUM, Sintok, Kedah.

Mengulas lanjut mengenai kunjungan tersebut, Dr Haim Hilman berkata, ia memberi makna cukup besar kerana menerusi pertemuan itu banyak perkara dibincangkan demi membantu sektor pendidikan.

“Kunjungan RHB bank ke universiti ini amat besar maknanya kerana ia membabitkan kerjasama antara sektor pendidikan dan korporat.

“Pada masa sama, kita juga melihat RHB Bank ini sebagai rakan strategik yang dilihat bukan saja dapat bekerjasama dengan warga kampus, malah dapat membantu masyarakat demi membangunkan negara,” tuturnya lagi.

Sementara itu, Adissadikin berkata, kunjungan mereka ke UUM adalah untuk mengenali universiti itu dengan lebih dekat.

Ujarnya, pihaknya juga melihat banyak peluang untuk kedua-dua belah pihak bekerjasama pada masa akan datang.

“Dalam pertemuan dan perbincangan tadi, kami melihat banyak peluang kerjasama antara UUM dan RHB Bank boleh dilakukan dan dimurnikan mengikut kepakaran masing-masing,” tambahnya.

Artikel berkaitan

“Pelajar daripada keluarga susah, sebenarnya ALLAH sayang pada kita.” – Naib Canselor UUM

Pelajar UUM rangkul anugerah MIA Best Accounting Students Award 2021

UUM tersenarai 148 universiti terbaik Asia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok