Tetap datang ke sekolah walaupun sakit, mulianya hatimu cikgu
Tetap datang ke sekolah walaupun sakit, mulianya hatimu cikgu

Tetap datang ke sekolah walaupun sakit, mulianya hatimu cikgu

Roshlawaty Md Raieh
19 Sep 2022 05:23pm
A
A
A

Golongan pendidikan seringkali diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain terutama anak-anak didiknya.

Peribahasa Melayu ini sememangnya menggambarkan betapa ikhlasnya seorang pendidik yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak didiknya tidak tercicir dalam pelajaran.

Masya-ALLAH, mulianya hatimu cikgu!

Sehubungan itu, Sinar Bestari tertarik dengan hantaran seorang guru menerusi perkongsiannya di laman Facebook sebuah grup komuniti, baru-baru ini.

Dalam hantaran itu, guru tersebut menulis bahawa kerjaya seorang guru bukanlah semudah yang disangka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi masa depan murid-murid.

“Jiwa dan nurani seorang pendidik, walaupun badan sakit, demam, batuk, pening kepala dan tidak larat untuk ke sekolah, namun mereka tetap pergi demi memastikan anak anak tidak tercicir dalam pelajaran.

“Ramai guru-guru yang sebegini dari pemerhatian saya. Mulianya insan bergelar guru. Biarpun ramai mengatakan kerja guru mudah, kerja separuh hari dan bermacam-macam lagi, namun hanya guru-guru sahaja yang memahami betapa besar tanggungjawab yang harus digalas. Semoga guru-guru di Malaysia terus diberkati dan dirahmati ALLAH SWT,” tulisnya.

Hantaran kisah guru itu mendapat perhatian dan maklum balas daripada warga maya yang rata-ratanya terdiri daripada cikgu di negara ini.

Masing-masing berkongsi cerita tentang ujian dari ALLAH iaitu ‘sakit’ yang dilalui namun tetap mengagahkan diri ke sekolah demi anak murid.

Antara perkongsian yang sempat dipetik Sinar Bestari adalah:

Zuhaida Mansor: Sedang lalui, ku gagahi langkah berjalan, menaiki dan menuruni tangga walaupun kakiku tercedera demi berkongsi segala ilmu untuk anak-anak pewaris negara.

Saliza Sal: Sudah dua kali diuji sakit yang berpanjangan. Tetapi sakit lagi bila memikirkan anak-anak murid yang ditinggalkan. Positifkan diri demi melangsaikan hutang ilmu untuk mereka. Semoga ALLAH memudahkan urusan guru-guru seMalaysia.

Qalisa Aryna: Saya salah seorangnya, tidak cukup tidur kerana anak demam. Awal-awal selepas Subuh sudah ke sekolah menjalankan tugas-tugas guru. Selepas mengajar, jaga murid rehat dan relief lagi. Tidak kuat pun kena kuatkan juga demi mencari rezeki. Setakat yang boleh ku gagahi. Kalau sudah ‘kecemasan’ barulah mohon cuti.

Abdullah A Razak: Semoga dipermudahkan segala urusan semua cikgu yang berjiwa guru.

Rohaida Awang: Selagi terdaya bangun, insya-ALLAH, saya akan hadir ke sekolah. Roh seorang guru, tidak akan sengaja buat-buat sakit kalau tidak sakit.

Ali Suparman: Moga dikurniakan kesembuhan dan ketabahan semua cikgu.

Wan Noor Faez: Semoga diberikan ganjaran oleh ALLAH.

Anati Soki: Sakit tekak hingga tiada suara. Tetap gagahkan diri ke sekolah.

Akhir sekali, kepada cikgu-cikgu di Malaysia, kami mendoakan agar kalian sentiasa sihat dan dapat mengajar seperti biasa nanti.

Tidak lupa juga, kami turut mendoakan agar segala urusan cikgu di dunia dan akhirat akan dipermudahkan. Insya-ALLAH.

Artikel berkaitan 

3 kaedah memujuk murid yang boleh cikgu cuba, diakui sangat mudah dilakukan!

Baru 30-an, sumbangan Cikgu Tarmizi dalam bola sepak SK Bukit Mutiara membanggakan!

Cara Cikgu Nor Amin tangani stres, sangat berbaloi jika guru-guru dapat tiru apa yang beliau buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan